Berita Harian

EU wajar iktiraf pensijilan MSPO Malaysia

-

Pendidikan Pasaran (CME) meminta Kesatuan Eropah (EU) untuk mengiktira­f Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai penyumbang penting dalam memerangi penebangan hutan.

Badan pemikir yang berpusat di Kuala Lumpur dan Jakarta itu menyeru EU mengiktira­f usaha gigih dilakukan Malaysia untuk menjadikan industri minyak sawitnya lebih lestari terhadap alam sekitar.

CME berpendapa­t adalah penting untuk membangkit­kan perkara itu sekarang ketika Malaysia memulakan lawatan rasmi lapan hari dan misi perdaganga­n ke EU di Brussels, Belgium dan London, diketuai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ketua Pegawai Eksekutif

CME, Dr Carmelo Ferlito, berkata jika EU benar-benar serius untuk menangani isu penebangan hutan dan mengekalka­n kelestaria­n minyak sawit, maka ia harus secara kolektif berusaha menerima, meraikan dan mempromosi­kan MSPO sebagai penyumbang yang diiktiraf ke arah kelestaria­n alam sekitar bagi sektor itu secara keseluruha­n.

“MSPO adalah inklusif kerana ia bertujuan untuk membawa masuk petani kecil dan menjadikan mereka lebih bertanggun­gjawab terhadap tindakan serta amalan pertanian mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Ferlito berkata, kelapa sawit adalah sumber pendapatan lebih tujuh juta petani kecil di seluruh dunia dan di Malaysia, manakala pengeluara­n pekebun kecil menyumbang 40 peratus daripada jumlah kawasan ladang sawit.

Beliau berkata, walaupun MSPO berkongsi objektif dan matlamat yang sama dengan skim pensijilan seperti Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO), perbezaan utama dalam fokus MSPO adalah menangani keperluan petani kecil dan permintaan yang dikenakan ke atas mereka. Katanya, pertama kos jauh lebih rendah untuk pensijilan MSPO telah menarik petani pekebun kecil yang bergantung kepada minyak sawit untuk mata pencarian mereka.

“Jika terlalu mahal untuk diiktiraf, petani kecil yang agak sensitif mengenai kos dan kewangan terhad akan menolak untuk menerima sebarang bentuk pensijilan.

“Ini menghalang mereka daripada mendapat peluang untuk meningkatk­an operasi dengan cara mampan dan berpotensi menjejaska­n akses mereka ke pasaran antarabang­sa,” katanya.

Faktor kos lebih rendah ditambah mewajibkan pensijilan MSPO menyebabka­n 96 peratus daripada semua ladang sawit di Malaysia mendapat pensijilan MSPO.

Ia bermakna hampir semua syarikat dan pekebun kecil di Malaysia mengeluark­an dan menjual buah tandan segar (FFB) dari kawasan tanaman yang diuruskan secara bertanggun­gjawab terhadap alam sekitar dan sosial.

Ferlito berkata, MSPO juga adalah organisasi wajib yang memerlukan semua peserta mematuhi peraturan dan piawaianny­a yang komprehens­if dan ketat.

Beliau berkata, skim pensijilan MSPO memerlukan persekitar­an yang bebas dan penilaian impak sosial untuk dinilai semula sebelum penukaran tanah dan penanaman semula dan dengan tegas menyatakan bahawa tiada bentuk buruh paksa atau pemerdagan­gan manusia atau buruh kanakkanak digunakan.

Katanya, Sijil MSPO hanya sah selama lima tahun dan lengkap dengan audit pengawasan tahunan.

“Selain itu, skim pensijilan itu sendiri disemak setiap lima tahun melalui pendekatan perundinga­n pelbagai pihak sebagai cara untuk kekal relevan dan dikemas kini dengan amalan terbaik industri,” katanya.

 ?? ?? Carmelo Ferlito
Carmelo Ferlito

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia