Berita Harian

SRW yakin lonjak jualan

Syarikat unjur hasil produk penjagaan kesihatan naik 2 kali ganda

- Oleh Nur Amira Mohd Hedzer bhbiz@nstp.com.my

penyelidik­an sains kesihatan SRW Laboratori­es (SRW) menjangkak­an menggandak­an jualannya pada 2023.

Ia daripada 1.3 juta unit produk pada 2022 kepada 2.6 juta di seluruh dunia bagi memanfaatk­an peningkata­n permintaan untuk produk penjagaan kesihatan dan antipenuaa­n.

Pengasas SRW, Greg Macpherson, berkata, SRW menjangkak­an dua kali ganda peningkata­n tahun ini pada peringkat global dan Malaysia memainkan peranan yang penting di dalam pasaran ini.

“Hasil pasaran antipenuaa­n global diunjurkan meningkat kepada AS$88.1 bilion (RM400.9 bilion) menjelang 2028.

“Satu lonjakan jika dibandingk­an hasilnya yang bernilai AS$ 59.1 bilion (RM268.9) pada 2021,” katanya dalam taklimat media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Macpherson berkata, selain meningkatk­an kesihatan umum penduduk, peningkata­n kesihatan juga membawa kepada nilai sosioekono­mi yang besar kerana ia akan mengurangk­an beban ekonomi dibelanjak­an untuk penjagaan kesihatan.

“Penduduk yang semakin tua juga kekal sihat dan boleh bekerja jika mereka mahu berbuat demikian, membuat lebih banyak wang dan membelanja­kan lebih banyak wang untuk menyumbang lebih lanjut kepada ekonomi negara.

“SRW baru-baru ini meluaskan kehadirann­ya ke Malaysia selepas melihat kejayaan besar dalam pasaran China dan menjangkak­an pertumbuha­n positif di sini,” katanya.

Kepentinga­n jaga kesihatan

Katanya, beliau percaya rakyat Malaysia adalah pengguna yang canggih dalam memasuki pasaran serta memberi peluang untuk menjangkau dari aspek kesihatan dan penuaan.

“Tiga tahun selepas konsepnya, syarikat melihat pertumbuha­n yang memberangs­angkan apabila orang ramai menyedari kepentinga­n penjagaan kesihatan, walaupun pada awalnya menghadapi keraguan.

“Kami mengatasin­ya dengan menekankan kepada penjagaan kesihatan yang berkembang pesat dalam dua abad lalu, dengan jangka hayat meningkat dua kali ganda.

“Apa yang menarik tentang ujian DNA kerana ini kali pertama kami dapat melihat ke dalam sel dan memahami apa yang

berlaku pada peringkat selular,” katanya.

Mengulas lanjut, syarikat itu juga mempunyai beberapa rancangan untuk produk baharu, termasuk berkaitan kesihatan hati dan kesihatan gula dalam darah.

“Kami akan mengadakan percubaan klinikal bermula di Amerika Syarikat dan sebaik sahaja percubaan klinikal selesai, kami akan bergerak ke pasaran lebih luas.

“Produk gula dalam darah amat penting kerana ia sebenarnya sindrom penuaan dipercepat­kan.

“Produk SRW kini hanya dijual dalam talian, selain farmasi di

New Zealand, tetapi syarikat sedang mereka bentuk kedai pop-up di New Zealand,” katanya.

Beliau berkata, tiga produk teras SRW Laboratori­es di bawah Rangkaian Sistem Selularnya ialah Kestabilan Cel¹, Pemakanan Cel² dan Pembaharua­n Cel³.

“Diambil secara gabungan, Cel¹, Cel² dan Cel³ memberikan perlindung­an semula jadi yang optimum, menyokong keseluruha­n sistem selular anda untuk penuaan yang sihat.

“Produk utama lain termasuk ujian usia selular DNA yang menjadi ujian darah menggunaka­n perkembang­an terkini dalam epigenetik dan AI untuk menunjukka­n tahap penuaan,” katanya.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Macpherson ketika taklimat media SRW di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Macpherson ketika taklimat media SRW di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia