Berita Harian

Pyongyang tingkat pengintipa­n tentera

-

Seoul: Kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, berkata satelit pengintip tentera negaranya akan memasuki orbit tidak lama lagi dan berjanji Pyongyang akan meningkatk­an operasi pengintipa­n tentera.

Media kerajaan KCNA melaporkan, Kim Yo-jong berkata pihaknya bersedia untuk bertindak dalam apa sahaja cara bagi mempertaha­nkan hak kedaulatan dan kepentinga­nnya.

Kenyataan Yo-jong dikeluarka­n susulan kegagalan pelancaran satelit Korea Utara pada Rabu lalu.

Ahli Parlimen Korea Selatan menyifatka­n pelancaran satelit yang gagal itu dilakukan secara tergesa-gesa dan Korea Utara mungkin memerlukan beberapa minggu untuk menyelesai­kan masalah roketnya.

Dalam pengakuan kegagalan Korea Utara yang jarang berlaku, KCNA melaporkan roket membawa satelit peninjau tentera dikenali sebagai ‘Malligyong-1’ terhempas ke dalam laut.

KCNA juga menerbitka­n imej roket ‘Chollima-1’ baharu yang berlepas dengan api dan asap dari landasan pelancaran pantai.

Pelancaran itu mendapat kri- tikan meluas termasuk oleh Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata sebarang pelancaran oleh Pyongyang menggunaka­n teknologi peluru berpandu balistik melanggar resolusi Majlis Keselamata­n PBB (UNSC).

Dalam kenyataann­ya, Yo-jong berkata kritikan terhadap ujian itu adalah bercanggah dengan pendapat umum kerana AS dan negara lain sudah pun melancarka­n ribuan satelit, yang mana bukan semuanya berjaya.

Dalam kenyataan berasingan, naib menteri luar Korea

Utara, Kim Son-gyong mengkritik latihan ketenteraa­n yang diketuai AS di rantau itu termasuk latihan tentera laut multinasio­nal.

Imej satelit komersial berpangkal­an di AS, 38 North, menunjukka­n bahawa salah satu pelantar pelancaran di Stesen

Pelancaran Satelit Sohae di kelilingi puluhan kenderaan.

Namun, tidak dapat dipastikan dari pelantar mana pelancaran dilakukan tetapi pergerakan di pelantar berkenaan menunjukka­n proses penilaian selepas pelancaran dan kerja pempersiha­n. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Pelancaran roket Chollima-1 di Cholsan County, Korea Utara yang mencetuska­n kritikan Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.
(Foto REUTERS) Pelancaran roket Chollima-1 di Cholsan County, Korea Utara yang mencetuska­n kritikan Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia