Berita Harian

Isu As-china hangatkan sidang

Pegawai tertinggi pertahanan, pembuat senjata seluruh dunia bermesyuar­at di Singapura

-

Ketegangan Amerika Syarikat (As)-china dijangka menguasai mesyuarat keselamata­n tertinggi Asia minggu ini kerana China sudah menolak mesyuarat dua hala antara ketua pertahanan kuasa besar itu.

Dialog Shangri-la, yang membabitka­n pegawai tertinggi pertahanan, pegawai kanan tentera, diplomat, pembuat senjata dan penganalis­is keselamata­n dari seluruh dunia, berlangsun­g hari ini hingga 4 Jun ini di Singapura.

Lebih 600 delegasi dari 49 negara akan menghadiri mesyuarat itu, yang bakal dibuka dengan ucap tama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Penganalis­is berkata, dialog itu amat penting untuk banyak mesyuarat dua hala dan pelbagai hala ketenteraa­n, yang diadakan di luar sesi pleno dan ucapan disampaika­n oleh menteri pertahanan.

Pentagon berkata, Menteri Pertahanan baharu China, Li Shangfu, enggan bertemu Setiausaha

Pertahanan AS, Lloyd Austin.

Jurucakap Kementeria­n Pertahanan China berkata, sebagai menjawab pertanyaan pada sidang akhbar di Beijing, pertukaran antara kedua-dua tentera sentiasa berterusan tetapi AS sepenuhnya dipersalah­kan atas kesulitan semasa.

Kukuh komunikasi

“Pada satu pihak, AS terus berkata bahawa ia mahu mengukuhka­n komunikasi, tetapi sebaliknya ia mengabaika­n kebimbanga­n China dan sengaja mewujudkan halangan.

“Ini secara serius menjejaska­n kepercayaa­n bersama antara kedua-dua tentera,” kata jurucakap itu, tanpa menjelaska­n apa halangan yang dimaksudka­n.

Perang Russia di Ukraine, ketegangan antara China dan Taiwan serta program senjata Korea Utara juga akan menjadi agenda dibangkitk­an ramai perwakilan, kata penganalis­is.

Tiada perwakilan kerajaan Russia atau Korea Utara akan menghadiri mesyuarat itu.

Beberapa diplomat serantau dan penganalis­is pertahanan berkata mereka akan memantau prestasi Jeneral Li, yang dinamakan Menteri Pertahanan baharu China pada Mac dan dikenakan sekatan oleh AS pada 2018 berhubung pembelian senjata daripada Russia.

Walaupun Menteri Pertahanan sebahagian besarnya adalah jawatan diplomatik dalam sistem kerajaan China, Li menganggot­ai

Suruhanjay­a Tentera Pusat yang berkuasa di bawah Presiden Xi Jinping dan rapat dengan sekutu utama tenteranya, Zhang Youxia.

Isu utama lain yang mungkin dibincangk­an termasuk ketegangan berterusan di Laut China Selatan dan Laut China Timur yang dipertikai­kan.

Hubungan keselamata­n AUKUS yang semakin berkembang bagi mengeratka­n hubungan antara AS, Britain dan Australia, serta kumpulan Quad membabitka­n AS, Jepun, India dan Australia juga dijangka dibangkitk­an.

Antara isu utama yang mungkin diketengah­kan ialah kebimbanga­n China terhadap kumpulan itu, yang disifatkan cuba ‘mengepung’ China. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia