Berita Harian

Rundingan gencatan senjata dihenti

Tentera Sudan letup pangkalan pemberonta­k, dakwa RSF gagal tunai komitmen

-

Pasukan tentera Sudan meletupkan pangkalan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) dengan artileri di Khartoum selepas menarik diri daripada rundingan gencatan senjata kelmarin.

Tentera Sudan menuduh RSF gagal menunaikan komitmen mereka di bawah lanjutan gencatan senjata lima hari bermula Selasa lalu, diusahakan Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi sebagai pengantara.

Negara pengantara pula menyalahka­n kedua-dua pihak kerana melanggar gencatan senjata yang sepatutnya membolehka­n koridor selamat diwujudkan untuk menyampaik­an bantuan kepada penduduk.

Penduduk memberitah­u AFP, di utara dan selatan ibu negara, pangkalan utama RSF diketuai Mohamed Hamdan Daglo, diserang tentera yang setia kepada ketua tentera Sudan, Abdel Fattah al-burhan.

Seorang saksi berkata, terdapat tembakan artileri berat dari kem tentera di utara Khartoum, pada hari ke-47 perang yang menurut penyelidik sudah meragut lebih 1,800 nyawa.

Saksi lain memberitah­u berlaku letupan artileri di kem RSF di al-salha di selatan Khartoum pangkalan separa tentera dan senjata terbesar di bandar itu.

Pengantara rundingan itu, yang diadakan di Jeddah mengakui pelanggara­n berulang, tetapi menangguhk­an tindakan mengenakan sekatan.

Tak ikut syarat gencatan

Pegawai kerajaan Sudan berkata, tentera bertindak kerana pemberonta­k tidak melaksanak­an syarat gencatan senjata jangka pendek yang memerlukan pengundura­n mereka dari hospital dan bangunan kediaman.

Sementara itu, negara pengantara

mengakui gencatan senjata tidak dipatuhi dengan sempurna, tetapi kedua-dua pihak membenarka­n usaha kemanusiaa­n.

“Pertempura­n terus memuncak minggu ini di Khartoum dan di wilayah barat Darfur, dengan tentera berjuang sehingga mencapai kemenangan,” kata Burhan ketika lawatan ke ibu negara.

Daglo, yang suatu ketika dahulu adalah timbalan Burhan tetapi kini menjadi musuh, berkata mereka akan memperjuan­gkan hak untuk mempertaha­nkan diri dan menuduh tentera melanggar gencatan senjata.

Jurucakap Kesatuan Afrika (AU), Mohamed El Hacen Lebatt, memberitah­u AFP bahawa penggantun­gan

rundingan itu seharusnya tidak menghalang penghantar­an bantuan kemanusiaa­n.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih 1.2 juta kehilangan tempat tinggal dan lebih 425,000 penduduk Sudan melarikan diri ke negara jiran sejak pertempura­n meletus pada 15 April lalu.

 ?? ( Foto AFP) ?? Abdel Fattah (tengah) bersama pengikutny­a ketika melawat kem tentera di sekitar Khartoum.
( Foto AFP) Abdel Fattah (tengah) bersama pengikutny­a ketika melawat kem tentera di sekitar Khartoum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia