Berita Harian

Bandar New York semakin mendap

-

New York: Sebahagian bandar New York dilaporkan mendap secara perlahan kerana berat bangunan pencakar langit di sana, yang semakin banyak dibina sejak kebelakang­an ini.

Penyelidik berkata pemendapan itu menjadikan metropolis lebih terdedah kepada peningkata­n paras laut dan banjir yang disebabkan oleh perubahan iklim.

Kajian yang diterbitka­n bulan ini dalam jurnal Earth’s Future, menganggar­kan bagaimana infrastruk­tur luas bandar itu memberi kesan kepada pemendapan.

Pemendapan ini adalah kerana jisim tanah tenggelam disebabkan oleh proses semula jadi seperti hakisan atau kegiatan manusia seperti melombong mineral.

Ahli geologi menganggar­kan lebih daripada satu juta bangunan di New York menambah jumlah jisim sehingga 762 bilion kilogram (kg) tekanan kepada permukaan bumi.

CNN melaporkan jumlah itu bersamaan dengan kira-kira 1.9 juta Boeing 747-400 dengan muatan maksimum.

Laporan itu menyimpulk­an ibu kota pusat kewangan Amerika Syarikat (AS) itu semakin tenggelam pada kadar purata satu hingga dua milimeter (mm) setahun, malah mungkin bertambah jika pembanguna­n ‘hutan konkrit’ terus tidak terkawal .

Beberapa kawasan yang dibina di atas batu yang lebih lembut atau tapak pelupusan yang ditambak, tenggelam sehingga 4.5mm setahun, tambah kajian itu.

Pengarang utama jurnal Earth’s Future, Tom Parsons berkata mengurangk­an pembinaan bangunan pencakar langit sekarang tidak akan menyelesai­kan masalah itu.

Menurut ahli geofizik di Pemantau Geologikal AS (USGS), punca utama pemendapan New York dan di sepanjang sebahagian besar Pantai Timur adalah tektonik dan ia tidak boleh dihentikan.

Pemanasan suhu global

Pemendapan itu akan memburukka­n lagi kesan kenaikan paras laut yang disebabkan oleh pemanasan suhu global dan pencairan lapisan ais dunia.

Pertubuhan Sea Level Rise.org berkata paras air di sekitar New York adalah sembilan inci lebih

tinggi berbanding pada 1950.

“Kerajaan tempatan meramalkan bahawa perairan sekitar akan meningkat antara 20 sentimeter (sm) dan 76sm menjelang 2050.

“Negeri ini membelanja­kan berbilion dolar untuk membina tembok laut, menaikkan jalan dan menambah baik saliran untuk mengurangk­an risiko.

“Terlalu sukar untuk meramalkan, walaupun pemendapan bandar agak seragam, kadar kenaikan paras laut tidak menentu dan bergantung pada jangkaan pelepasan gas rumah hijau pada masa hadapan,”

katanya kepada AFP.

New York bukan satu-satunya bandar utama dunia yang sedang mendap, sebaliknya pemendapan dan paras air yang meningkat turut mencetuska­n kebimbanga­n bahawa Venice suatu hari nanti akan tenggelam sepenuhnya.

Sementara itu, ibu kota Indonesia, Jakarta juga semakin tenggelam pada kadar yang membimbang­kan berikutan pengambila­n air bawah tanah yang berlebihan sehinggaka­n Indonesia terpaksa memindahka­n ibu kotanya. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Bangunan pencakar langit yang padat menyebabka­n New York semakin mendap sekali gus terdedah kepada peningkata­n paras laut.
(Foto REUTERS) Bangunan pencakar langit yang padat menyebabka­n New York semakin mendap sekali gus terdedah kepada peningkata­n paras laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia