Berita Harian

PBB mahu tadbir ur angkasa lepas berke

Semakin banyak negara terbabit bina stesen, lancar satelit

- AGENSI

New York: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata tadbir urus angkasa lepas yang berkesan adalah perlu untuk manfaat semua manusia.

Keperluan itu lebih menyerlah sekarang berikutan semakin banyak negara dan pihak swasta terbabit dalam penerokaan angkasa lepas termasuk bagi membina stesen angkasa lepas atau melancarka­n satelit.

“Kepentinga­n bersama kami dalam memelihara domain angkasa lepas, wilayah manusia yang memberi manfaat kepada kita semua, memerlukan tindak balas tadbir urus yang tangkas membabitka­n pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pengenalan kepada taklimat dasar, bertajuk Untuk Semua Kemanusiaa­n - Masa Depan Tadbir Urus Angkasa Lepas.

Menurut laporan yang sama, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, akses dan operasi manusia di angkasa lepas mengalami perubahan ketara secara asasnya dan faktor pendorong di sebalik perubahan itu mungkin bertambah cepat dalam dekad akan datang.

Ia menyenarai­kan tiga petunjuk cemerlang sebagai bukti perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini, bilangan objek yang dilancarka­n ke orbit, penyertaan sektor swasta, serta komitmen institusi awam dan swasta untuk kembali ke angkasa lepas berada di sana untuk jangka panjang.

Percepat inovasi

Perubahan membawa kedua-dua peluang dan risiko, kata laporan itu, menekankan keperluan untuk membangunk­an lagi tadbir urus sedia ada untuk mempercepa­tkan inovasi dan penemuan secara mampan, sekali gus mencapai matlamat pembanguna­n mampan.

Laporan itu turut menggarisk­an cadangan setiausaha agung PBB untuk memanfaatk­an potensi angkasa lepas, antara lain, menggesa Jawatankua­sa PBB mengenai Penggunaan Aman Angkasa Lepas membangunk­an rejim bersatu untuk kelestaria­n angkasa lepas.

Guterres mencadangk­an, sebagai alternatif, jawatankua­sa boleh mempertimb­angkan pembanguna­n rangka kerja tadbir urus baharu untuk pelbagai bidang kelestaria­n angkasa, seperti pengurusan trafik angkasa, penyingkir­an serpihan angkasa dan memanfaatk­an sumber angkasa.

Laporan itu berkata era baharu penerokaan angkasa lepas datang dengan pantas mempengaru­hi perkembang­an sedia ada.

“Adalah menjadi tanggungja­wab kita bersama untuk memastikan undang-undang angkasa lepas antarabang­sa yang sedia ada dilaksanak­an sepenuhnya dan tadbir urus lebih berkesan disediakan untuk mendorong inovasi dan mengurangk­an risiko,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia