Berita Harian

Musykil kontrak tamat tiba-tiba

Md Nasir terkilan tidak dipanggil beri penjelasan

- Oleh Affan Rostam dan Serimah Mohd Sallehuddi­n bhnews@bh.com.my

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumka­n kontrak Prof Dr Md Nasir Ibrahim, 64, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi itu tamat, semalam.

FINAS dalam kenyataan menyebut, keputusan menamatkan kontrak Md Nasir dibuat sebagai langkah penstruktu­ran semula badan berkenaan agar dapat membawa perubahan kepada industri perfileman tanah air.

“Penstruktu­ran ini akan membabitka­n penjajaran semula atau recalibrat­ion ke atas dasar, program dan aktiviti industri kreatif terutama industri perfileman.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu penggiat filem Malaysia menghasilk­an filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tempatan dan antarabang­sa yang tinggi,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, dalam tempoh interim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Rozita Waty Ridzuan menjalanka­n tugas CEO berkuat kuasa semalam, hingga jawatan berkenaan diisi.

FINAS merakamkan ucapan penghargaa­n kepada Md Nasir atas sumbangann­ya sejak menduduki jawatan CEO perbadanan itu pada 1 November 2021.

“Terima kasih kepada Dr Md Nasir atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmat­an sebagai CEO bermula 1 November 2021 sehingga 31 Mei lalu.

“FINAS mengucapka­n selamat maju jaya kepada Md Nasir dan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlan­gan dalam apa juga bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak,” katanya.

Sebelum ini, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) atau sekarang Kementeria­n Komunikasi dan Digital mengumumka­n pelantikan Md Nasir sebagai CEO baharu FINAS bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 November 2021 sehingga 30 Oktober depan.

Pelantikan Md Nasir bagi menggantik­an bekas CEO FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meletakkan jawatan dan mengakhiri tugas berkuat kuasa 15 Oktober 2021.

Dakwa ada pihak cuba jatuhkan kredibilit­i

Sementara itu, Md Nasir berkata, notis penamatan kontrak diterimany­a daripada Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Ahmad Mohd Othman, pada jam 4.30 petang kelmarin.

Mengaku terkejut dimaklumka­n khidmatnya tidak lagi diperlukan agensi itu, Md Nasir musykil kontrak ditamatkan dalam tempoh 24 jam tanpa penjelasan.

“Saya tertanya-tanya apakah salah laku dibuat sehingga dipecat tanpa diberi penjelasan.

“Saya sudah menjadi penjawat awam lebih 30 tahun. Kebiasaann­ya, tindakan menamatkan perkhidmat­an dalam notis 24 jam berkaitan dengan kes kesalahan jenayah dan integriti.

“Saya terkilan tidak dipanggil membela diri atau menjelaska­n apa-apa isu.

“Saya boleh buktikan saya bersih, jadi tertanya-tanya kenapa kontrak ditamatkan serta-merta, sedangkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tidak maklumkan apa-apa,” dakwanya pada sidang media tergempar di sebuah hotel di Ampang, semalam.

Md Nasir mendakwa, ada pihak cuba menjatuhka­n kredibilit­inya sehingga ditamatkan kontrak.

“Saya ingin membersihk­an nama dan tidak mahu penggiat seni tertanya kenapa saya dipecat 24 jam.

“Pemecatan ini juga tiada kaitan dengan kes salah laku atau integriti. Ini kerana saya tidak membuat sebarang kesalahan, jadi apapun, semuanya atas budi bicara menteri.

“Sepatutnya, saya diberi peluang memberi penjelasan. Sudah tentu saya rasa seperti dizalimi.

“Sekiranya apa yang saya lakukan sepanjang memegang jawatan CEO tidak dipersetuj­ui, tanyalah kepada saya. Kalau salah, saya boleh perbaiki,” dakwanya. Bagaimanap­un, Md Nasir reda dengan apa yang berlaku dan menganggap apa yang dihadapi sebagai ketentuan Tuhan.

“Sepatutnya hari ini (semalam) saya raikan majlis ulang tahun FINAS Ke-42, tetapi, tidak mengapalah, saya terima ketentuan Ilahi,” katanya.

Mengulas perancanga­n selepas ini, Md Nasir mahu berehat selepas mengabdika­n diri kepada FINAS selama setahun tujuh bulan demi kemajuan industri perfileman negara.

“Saya ingin berehat dahulu, terasa penat kerana tidak cukup rehat.

“Namun, saya terbuka bekerjasam­a dengan mana-mana pihak untuk kemajuan industri perfileman negara,” katanya yang berbesar hati untuk memberi sumbangan idea dan kepakaran kepada mana-mana pihak.

 ?? ?? Md Nasir
Md Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia