Berita Harian

Musim ketiga Usahawan Masterclas­s Buletin FM lebih mantap

-

Usanita Sdn Bhd yang menjalin kerjasama strategik dengan stesen radio milik Media Prima Berhad (MPB), iaitu Buletin FM sejak 21 Mac lalu, meneruskan misi membantu membangunk­an modal insan peniaga melalui program, Usahawan Masterclas­s Buletin FM.

Penggambar­an program pemerkasaa­n usahawan itu dijangka bermula, bulan ini, dengan penerapan pelbagai elemen baharu lebih mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Usanita, Datin Seri Adzliana Hasan, berkata hala tuju musim ketiga program Usahawan Masterclas­s Buletin FM diubah bagi memberi kelainan dan melahirkan usahawan lebih mantap.

“Program Usahawan Masterclas­s Buletin FM sebelum ini dikendalik­an Buletin FM untuk musim pertama dan kedua.

“Jadi, untuk kolaborasi musim ketiga bersama Usanita, kami tukar sedikit hala tujunya.

“Musim baharu program ini boleh dikatakan lebih mencabar kerana kami menguji usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan tidak terlalu straight forward (mudah).

“Pengurusan pada kali ini terbahagi kepada beberapa kategori mengikut perniagaan diusahakan peserta.

“Apabila ada perubahan cara seperti itu, ini memudahkan penganjur menilai peserta, termasuk memberi tugasan lebih mencabar,” katanya kepada HIP.

Adzliana berkata, penganjura­n musim ketiga program Usahawan Masterclas­s Buletin FM memfokuska­n kepada pembentuka­n usahawan secara komprehens­if dengan tahap ujian yang lebih menguji mental dan fizikal.

“Program itu juga bukan sahaja mampu menguji tahap kecerdasan (IQ), tetapi merangkumi pelbagai aspek lain termasuk penampilan.

“Apabila mahu bergelar usahawan, ia bukan sahaja mengenai cara anda mengendali­kan jualan. Sebaliknya, usahawan perlu tahu kaedah perhubunga­n awam, cara pembentang­an projek atau promosi kerana semua perkara itu sangat penting,” katanya.

Adzliana berkata, peserta merangkumi usahawan yang sudah stabil atau mengemudi perusahaan masing-masing dalam tempoh tertentu serta yang dinilai juri pada setiap peringkat.

“Peserta perlu melalui beberapa peringkat sebelum boleh mara peringkat akhir. Kestabilan dalam perniagaan adalah perkara

penting dan itu menjadi antara kriteria yang dilihat,” katanya.

Peluang menang RM50,000

Ditanya mengenai pemilihan Buletin FM sebagai rakan kerjasama, Adzliana berkata, stesen radio itu menjadi penanda aras yang menyajikan program serta kandungan profesiona­l.

“Usanita memilih Buletin FM sebagai rakan strategik kerana kredibilit­i stesen radio ini dalam menyampaik­an maklumat kepada usahawan di seluruh negara.

“Melihat kepada inti pati Buletin FM yang banyak menyiarkan pelbagai rancangan berbentuk profesiona­l, ia menjadi faktor penarik untuk mendedahka­n mengenai Usanita kepada orang ramai, terutama usahawan.

“Saya harap kerjasama ini dapat

membuka pintu yang lebih luas, bukan sahaja dengan Buletin FM, malah, MPB untuk bersama Usanita membangunk­an modal insan rakyat Malaysia Madani,” katanya.

Peserta program Usahawan Masterclas­s Buletin FM berpeluang membentang­kan idea mereka bagi memenangi dana bernilai RM50,000.

Selain itu, program diisi slot webinar khas, Masterclas­s Buletin yang membincang­kan topik dan tip keusahawan­an.

Sesi itu dibawa secara langsung menerusi Facebook (FB) Buletin FM dan aplikasi Audio+, menampilka­n tetamu dari Usanita serta ikon usahawan yang memberi inspirasi serta idea kepada individu yang mahu berjaya dalam bidang keusahawan­an.

 ?? (Foto Genes Gulitah/bh) ?? Adzliana bersama Datuk Rosyam Nor (dua dari kiri), Zoey Rahman (kiri) dan Awal Ashaari pada rumah terbuka Usanita dan sidang media program Usahawan Masterclas­s Buletin FM di ibu negara, baru-baru ini.
(Foto Genes Gulitah/bh) Adzliana bersama Datuk Rosyam Nor (dua dari kiri), Zoey Rahman (kiri) dan Awal Ashaari pada rumah terbuka Usanita dan sidang media program Usahawan Masterclas­s Buletin FM di ibu negara, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia