Berita Harian

‘Gelek’ ikut garis panduan PUSPAL

Penganjur konsert dangdut penyanyi Malaysia, Indonesia jamin acara bebas kontrovers­i

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang bakal menggandin­gkan enam bintang dangdut Malaysia dan Indonesia di ibu negara, Ogos depan, merujuk garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambar­an Filem dan Persembaha­n Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi mengelak acara mega itu dicemari kontrovers­i, termasuk dalam aspek penampilan penyanyi.

Menyedari kemungkina­n ada pihak kurang senang dengan persembaha­n dirancang, apatah lagi, ada antara penyanyi sering ‘panas’ dengan kisah sensasi, Syarikat Mission Sight Sdn Bhd mengambil langkah berjagajag­a memastikan syarat pementasan konsert dipatuhi, termasuk artis berpakaian sopan.

Pengarah Projek, Riezman

Khuzaimi berkata, syarikat peka dengan peraturan ditetapkan PUSPAL, termasuk dalam aspek penampilan artis serta berpegang kepada objektif sebenar penganjura­n konsert berkenaan.

“Syarikat tidak menafikan kemungkina­n ada pihak kurang senang dengan konsert ini. Kami sedar mungkin ada yang membantah atau memberi kecaman.

“Sebagai penganjur, kami peka dengan garis panduan pihak berkuasa. Kita sudah meminta artis tampil dengan pakaian sopan sesuai dengan tujuan konsert dianjurkan iaitu untuk mengetenga­hkan seni dan budaya.

“Budaya itu termasuk dalam aspek pemakaian. Pada sidang me

dia di Kuala Lumpur sebelum ini, semua artis Indonesia yang hadir mengenakan baju kebaya.

“Jadi, biarpun kita mengetenga­hkan muzik dangdut, kita kena patuh dengan garis panduan kerajaan. Penyanyi tidak boleh berpakaian seksi dan melanggar etika budaya kita,” katanya pada sidang media virtual dari Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang bakal dipentaska­n di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 12 Ogos depan, menggandin­gkan dua penyanyi dangdut dari Malaysia dan empat artis genre sama dari Indonesia.

Mereka ialah Ani Mayuni dan Baby Shima dari Malaysia, manakala

bintang dangdut dari seberang membabitka­n Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena.

Menghangat­kan acara, pelopor irama dangdut tanah air iaitu Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram atas kapasiti bintang undangan.

Konsert Goyang Asia Koplo Milenia akan dikendalik­an pengacara, Didie Alias dan teman dari seberang, Shandrra Rose.

Mahu cari Musang King

Riezman berkata, acara itu dipentaska­n bagi mengembali­kan aura genre dangdut di Malaysia yang dikatakan suram sejak lima tahun lalu.

“Kami mahu memperkena­lkan semula genre dangdut dalam pasaran semasa dan masa depan. Dangdut tidak sepatutnya dijadikan pilihan muzik orang tertentu.

“Lihat sahaja kepada zaman kegemilang­an Amelina, Mas Idayu dan Ramlah. Lagu mereka diterima semua orang,” katanya.

Sementara itu, Siti Badriah atau mesra dengan panggilan ‘Sibad’ mengaku tidak sabar bertemu peminatnya di Malaysia.

“Terima kasih kerana akhirnya, saya kembali ke Malaysia selepas persembaha­n pada 2018.

“Saya mahu cari durian Musang King. Saya sangat rindu Malaysia kerana durian. Jadi, sebelum ke panggung (lokasi konsert), saya mahu makan durian.

“Saya harap acara ini lancar dan penontonny­a ramai,” katanya yang popular dengan lagu Lagi Syantik.

Rheyna pula berharap peminat akan terhibur dengan aksi mereka.

“Terima kasih kepada Riezman yang percaya kepada saya dan teman untuk menghiburk­an rakyat Malaysia. Ini menjadi suatu kebanggaan buat saya kerana berpeluang bergabung dengan artis luar biasa dari Indonesia dan Malaysia,” katanya.

Tiket Konsert Goyang Asia Koplo Milenia pada harga antara RM158 hingga RM658 boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u. com.

 ?? ?? Riezman (empat dari kiri) bersama penyanyi dangdut Indonesia Hesty (kiri), Siti Badriah, Fitri dan Rhena (kanan) pada sidang media di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Riezman (empat dari kiri) bersama penyanyi dangdut Indonesia Hesty (kiri), Siti Badriah, Fitri dan Rhena (kanan) pada sidang media di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia