Berita Harian

Peluang United balas dendam

-

London: Dua belas tahun lalu, Manchester City mengubah landskap bola sepak Inggeris dengan menewaskan Manchester United yang memburu kejuaraan trebel.

Episod sama bakal berulang apabila usaha City untuk memburu gelaran trebel akan diancam United menjelang final Piala FA, esok.

Dengan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dimuktamad­kan buat kali ketiga berturut-turut, City kini dalam pemburuan dua lagi gelaran untuk muncul sebagai kelab kedua Inggeris - selepas dilakukan United pada 1999 - menjuarai EPL, Liga Juara-juara dan Piala FA dalam satu musim.

Memenangi Piala Liga dan menduduki tempat ketiga dalam saingan EPL, United kini dalam era kebangkita­n semula, tetapi menewaskan juara liga pada final

Piala FA bakal menjadi pencapaian lebih utama.

“Memang sudah jelas kami menentang pasukan terbaik pada masa ini, tetapi masih ada peluang. Kami perlu memberikan segala-galanya,” kata pengendali United, Erik ten Hag.

Dengan kemungkina­n kelab mereka akan dibeli pemilik baharu, penyokong United boleh bermimpi untuk mencontohi lonjakan City yang bermula dengan kemenangan tidak dijangka di Wembley sejak sedekad lalu.

Kejayaan semasa City dan status United sebagai pencabar utama mungkin berada di luar imaginasi apatah lagi kali terakhir mereka bertemu adalah pada separuh akhir Piala FA di Wembley pada 2011.

Hanya beberapa minggu selepas pertembung­an itu di stadium kebangsaan, United merangkul gelaran EPL buat kali keempat dalam tempoh lima tahun, selain turut mara ke final Liga Juarajuara.

Ketika United di era kebangkita­n di bawah kendalian Alex Ferguson, kekalahan City di Wembley masih lagi terasa apabila City terus dihantui kemarau trofi.

Namun, City mula melonjak selepas diambil alih oleh kumpulan Sheikh Mansour yang berpangkal­an di Abu Dhabi pada 2008, perbelanja­an besar mereka untuk pemain baharu menjadi bualan dalam saingan EPL.

Ferguson secara tidak langsung menepis spekulasi mengenai City yang mengancam United apabila dia menggelar pesaing mereka sebagai ‘jiran bising’ pada 2009.

Tetapi City membuktika­n mereka semakin meningkat bermula ketika di bawah pengurusan Roberto Mancini apabila mara ke separuh akhir Piala FA yang menjadi titik tolak kebangkita­n mereka.

Joleon Lescott adalah sebahagian pemain pertahanan yang menghalang United dan bek tengah itu mengingatk­an perlawanan itu sebagai titik perubahan buat kedua-dua kelab.

“Separuh akhir Piala FA itu adalah perubahan sebenar dalam kepercayaa­n sebagai sebuah kelab, untuk kami sebagai pemain dan penyokong, tetapi juga untuk United,” kata Lescott. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia