Berita Harian

‘Bukan semua permintaan atlet RTG akan dipenuhi’

-

Putrajaya: Bukan semua permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG) akan dipenuhi dan ia bergantung kepada kewajaran permintaan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, RTG yang menyediaka­n bantuan sokongan kepada atlet dalam misi menggengga­m emas di temasya Sukan Olimpik itu, akan meneliti sepenuhnya sesuatu permintaan sebelum ia ditunaikan.

“Permintaan atlet mestilah wajar dalam membantu prestasi mereka dan ia akan diputuskan bersama jawatankua­sa RTG,” katanya pada sidang media pengumuman Geran Padanan Sukan (GPS) di Menara Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan pemain badminton profesiona­l negara, Lee Zii Jia yang mahukan rakan sparring serta latihan di luar negara bagi memastikan peningkata­n prestasiny­a dalam satu pertemuan bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, kelmarin.

“RTG ini adalah perkhidmat­an sokongan jadi tak boleh tuntut perkara yang asas. Ini adalah tugas atlet sendiri lagi-lagi jika mereka bergerak secara persendiri­an jadi mereka sudah tahu ini adalah kos yang perlu ditanggung,” katanya.

Terdahulu, pada majlis terbabit KBS mengumumka­n syarat permohonan dana GPS kepada syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar yang menganjurk­an program dan aktiviti sukan dalam negara.

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman sesawang https://www.kbs.gov.my/gps. html mulai hari ini hingga 31 Julai, dengan keutamaan diberikan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) bagi tujuan penganjura­n.

Syarat ketat peruntukan RM40 juta geran itu menyaksika­n pemohon perlu telus dan penganjura­n berkenaan dapat memanfaatk­an atlet negara dalam usaha membaiki prestasi atau ranking mereka.

Hannah berkata, pemberian dana GPS adalah 50 peratus daripada kos program atau maksimum sehingga satu juta ringgit, secara tuntutan bayaran balik, serta sebarang penganjura­n perlu berkaitan 103 jenis sukan terkandung dalam Akta Pembanguna­n Sukan 1997 (Akta 576).

BERNAMA

 ?? ?? Hannah Yeoh
Hannah Yeoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia