Berita Harian

Zii Jia tak panik ranking turun

-

Petaling Jaya: Pemain perseorang­an lelaki profesiona­l negara, Lee Zii Jia percaya dia akan kembali berada dalam kelompok teratas dunia biarpun rankingnya kini jatuh di kedudukan ke-10.

Bekas juara Asia itu, berkata situasi itu tidak menghadirk­an rasa bimbang dalam dirinya kerana percaya dia akan kembali bangkit.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya pernah berada di sana (kelompok teratas dunia) dan saya akan berada di sana sekali lagi. Saya tidak pernah meraguinya,” kata Zii Jia selepas mengadakan pertemuan dengan ketua kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, kelmarin.

Zii Jia pernah menghuni ranking nombor dua dunia pada Oktober tahun lalu - tertinggi dalam kerjayanya - sebelum jatuh ke kedudukan keempat, Januari lalu diikuti tangga kelapan awal bulan ini dan ke-10 sejak dua minggu lalu.

Kejatuhan ranking pemain berusia 25 tahun itu berpunca daripada prestasi tidak menentunya dalam saingan musim ini yang menyaksika­n dia beberapa kali tersingkir di pusingan awal termasukla­h ketika saingan Masters Malaysia, minggu lalu yang menyaksika­n dia tewas di pusingan kedua.

Pencapaian terbaiknya tahun ini adalah dua kali mara ke separuh akhir iaitu di Seluruh England dan Terbuka Switzerlan­d, Mac lalu.

Bagaimanap­un, pelantikan Wong Tat Meng selaku jurulatih baharunya selepas bergerak secara solo selama enam bulan diyakini akan kembali melonjakka­n prestasiny­a terutama dalam mengharung­i pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Mengulas mengenai pertemuann­ya dengan Hamidin, Zii Jia memberitah­u antara yang dibincangk­an adalah perancanga­nnya untuk menjalani latihan di luar negara bagi mendapatka­n rakan sepelatih yang berkualiti.

“Saya juga merancang untuk menyertai latihan dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan menggunaka­n fasiliti yang mereka ada. Perkara ini semua akan dibincangk­an lagi apabila Tat Meng memulakan tugasnya nanti,” kata Zii Jia yang menjangkak­an Tat Meng akan mula melatihnya dalam tempoh sebulan lagi sebaik kontrak jurulatih itu bersama skuad Hong Kong tamat hujung bulan ini.

Zii Jia, berkata dia berharap kehadiran Tat Meng akan kembali meletakkan dia dan pasukannya di landasan tepat bagi mengejar impiannya di pentas Sukan

Olimpik.

 ?? Lee Zii Jia ??
Lee Zii Jia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia