Berita Harian

Detik Zamsaham tersenyum

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Kuala Lumpur:

‘Demo sokong sek mano?’

Dua pasukan dari Kelantan akan berentap bagi aksi tetangga Kelantan apabila Kelantan United akan berdepan Kelantan FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-iv, malam ini.

Pertembung­an ini boleh dianggap ‘luar biasa’ kerana ia menemukan dua pasukan yang berdepan pelbagai ujian dan cabaran selepas ‘dinaikkan pangkat’ ke Liga Super musim ini.

Mereka mungkin boleh dianggap tidak bernasib baik kerana belum mampu memberi saingan selepas kedua-dua pasukan menghuni dua tangga tercorot Liga Super ketika pusingan pertama kian menemui noktahnya.

‘Lensa’ pasti lebih tertumpu kepada The Red Warriors susulan ‘wayang pacak’ yang dihidangka­n dengan aksi di luar padang membabitka­n isu tunggakan gaji, luahan bekas pemain dan tindakan ‘salah’ pemilik pasukan, Norizam Tukiman.

Namun, menjelang aksi malam ini, Norizam mengesahka­n semua ‘hutang’ sudah dibayar dan pemain Kelantan FC sepatutnya tidak ada alasan untuk gagal meraih kemenangan pertama dalam sembilan aksi terakhir liga.

Sebelum ini, mungkin pemain bimbang kerana tidak dapat gaji, namun dengan gaji sudah dilunaskan, pemain sudah gembira jadi tiba giliran pemain menggembir­akan pengurusan pula.

Jika tidak menang, seri pun jadilah, tetapi kalau kalah, kalah secara bermaruah - namun menentang Kelantan United yang belum lagi menang sepanjang musim ini, ini mungkin menjadi aksi yang sedikit mudah buat barisan pemain Frank Bernhardt.

Cuma persoalann­ya, jika Kelantan FC gagal menang juga pada aksi yang boleh dianggap ‘paling mudah’ buat mereka setakat ini, adakah ‘skrip’ sama akan berulang kembali?

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia