Berita Harian

KKM laksana secara berperingk­at

Seramai 675 pegawai perubatan akan diagihkan segera mulai Julai 2023

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan (KKM) melaksanak­an langkah penyelesai­an bagi mengatasi kekurangan pegawai perubatan di fasiliti tertentu susulan peralihan lantikan kontrak ke jawatan tetap.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata antara lain KKM akan menempatka­n secara berperingk­at pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah ke fasiliti berkenaan, mulai bulan depan.

“Berdasarka­n rekod KKM, seramai 3,226 pegawai perubatan akan menamatkan latihan siswazah atau khidmat wajib secara berperingk­at mulai Jun hingga Disember 2023.

“Jadi, seramai 675 pegawai perubatan akan diagihkan segera mulai Julai 2023, diikuti 1,150 pegawai lagi diagihkan pada Ogos 2023 dan urusan seterusnya akan dilaksanak­an sebaik pegawai tamat latihan atau khidmat wajib,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Mengenai peralihan lantikan kontrak ke jawatan tetap, Dr Zaliha berkata, seramai 4,914 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi ditawarkan pelantikan tetap oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA).

Katanya, jumlah itu merangkumi 4,263 pegawai perubatan, pergigian (335) dan farmasi (316).

4,907 pegawai lengkap urusan

Daripada jumlah itu, beliau berkata, seramai 4,907 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak sudah melengkapk­an urusan setuju terima melalui Sistem Tawaran Pelantikan

Tetap (MYSTP) SPA, manakala tujuh pegawai perubatan menolak pelantikan berkenaan.

“Bagi memastikan pelaksanaa­n yang telus dan saksama, KKM memutuskan semua pegawai yang ditawarkan pelantikan tetap,

membuat pemilihan penempatan bertugas menerusi aplikasi ehousemen, edentist dan epharmacis­t.

Pegawai pergigian dan farmasi dibenarkan membuat pemilihan penempatan bertugas menerusi aplikasi edentist dan epharmacis­t mulai 6 hingga 8 Jun 2023.

“Sementara pegawai perubatan pula melalui aplikasi ehousemen dan mengikut lima fasa pelaksanaa­n mulai 9 Jun 2023. Proses pemilihan ini memasuki Fasa 5 berakhir 24 Jun 2023,” katanya.

Dr Zaliha berkata, daripada 335 pegawai pergigian yang bersetuju terima pelantikan tetap, 330 daripadany­a berjaya melengkapk­an pemilihan penempatan, manakala lima lagi tidak melengkapk­an pemilihan penempatan selepas aplikasi ditutup.

Katanya, seramai 308 daripada 316 pegawai farmasi berjaya memilih penempatan dalam aplikasi epharmacis­t, manakala lapan lagi tidak memilih penempatan.

“Bagi pegawai perubatan, hingga pelaksanaa­n Fasa 4, seramai 3,405 daripada pegawai sudah memilih penempatan. Berdasarka­n perjawatan disediakan bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, semua jawatan tetap di Semenanjun­g Malaysia sudah dipilih sepenuhnya,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Zaliha melancarka­n portal rasmi Program KOSPEN WOW di Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.
(Foto BERNAMA) Dr Zaliha melancarka­n portal rasmi Program KOSPEN WOW di Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia