Berita Harian

‘Desas-desus naik harga beras bukan keputusan kerajaan’

- Dari Muka

“Tetapi desas-desus akan berlaku naik harga itu bukan keputusan kerajaan. Kita akan mengeluark­an kenyataan bersama Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja sempena Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-brunei di Depo Petronas Dagangan Berhad Sepanggar, di sini, semalam.

Salahuddin diminta mengulas laporan mengatakan harga beras dijangka naik mulai bulan depan berikutan pelbagai faktor, termasuk penyusutan hasil padi disebabkan cuaca panas.

Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin, Ameer Ali Mydin dilaporkan berkata harga runcit bagi beras putih import 10 kilogram (kg) akan naik sekurang-kurangnya RM1, bulan depan.

Pemilik rangkaian pasar raya besar itu berkata, ia susulan kenaikan harga di antara RM1 dan RM2 sekampit bagi berat putih import, bulan lalu.

“Kami telah diberitahu oleh pembekal bahawa akan ada peningkata­n lagi antara RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg. Ini jelas akan meningkatk­an harga jualan runcit sebanyak RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg,” katanya.

Ameer Ali mengaitkan lonjakan harga beras putih tempatan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat gelombang panas baru-baru ini yang menjejaska­n penuaian musim lepas, namun menurutnya bekalan dijangka stabil menjelang September.

Bekal LPG ke Brunei

Sementara itu, Salahuddin berkata, Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-brunei, khususnya dengan Sabah, menumpukan pembekalan gas asli cecair (LPG) tidak bersubsidi dari Sabah ke negara jiran itu.

Sebagai permulaan, katanya, sebanyak 150 tan LPG dihantar ke Brunei, namun ia tertakluk kepada permintaan semasa dari negara berkenaan.

“Ini satu pembekalan tanpa subsidi dan ia tidak menjejaska­n keperluan isi rumah atau industri kita di sini. Kita ada lebihan 20 peratus LPG, jadi kita manfaatkan untuk kerjasama dengan Brunei.

“Saya juga bercadang mengadakan lawatan ke Brunei pada Ogos depan untuk melihat potensi kerjasama dalam merancakka­n lagi aktiviti ekonomi sempadan.

“Kita teroka sebanyak mungkin dan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan sempadan Malaysia-brunei, termasuk dengan Sabah,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-brunei itu menjadi permulaan ke arah membangunk­an kawasan sempadan kedua-dua negara, yang akan ditingkatk­an lagi pada masa akan datang.

“Kita ambil peluang ini sebaik mungkin dan kita dapat memudah cara serta mengadakan hubungan kerjasama dengan Kementeria­n Pengangkut­an dan Wisma Putra supaya niat ini dapat dilaksanak­an tanpa gangguan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia