Berita Harian

Cukai taksiran rumah mampu milik KL dikurang 25 peratus

-

Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan cukai taksiran harta bagi kategori kediaman rumah mampu milik di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur yang siap selepas 2014 hingga sekarang, akan diberi penguranga­n 25 peratus mulai penggal kedua 2023, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, penguranga­n cukai taksiran itu akan memberi manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik, membabitka­n penguranga­n hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM2.07 juta setahun.

“Selepas mendengar keluhan rakyat yang meminta diberikan penguranga­n, saya bersetuju memberi penguranga­n untuk pemilik rumah mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Temu Mesra Bersama Pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan perasmian tempat letak kereta Taman Tasik Metropolit­an Kepong di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzam­an Mat Saleh.

Perdana Menteri berkata, kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif itu adalah Rumah Mampu Milik Wilayah

Persekutua­n (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Anwar turut mengumumka­n pembanguna­n Kejiranan Madani Wilayah Persekutua­n untuk golongan M40, B40 dan rentan miskin, yang akan tinggal dalam satu kawasan kejiranan sama dilengkapi pelbagai kemudahan asas.

Perdana Menteri berkata, pembanguna­n Kejiranan Madani yang akan bermula tahun ini, bukan hanya membabitka­n kediaman untuk dijual tetapi juga untuk disewa, yang akan ditawarkan mengikut kategori pendapatan.

Beliau berkata, ia membabitka­n beberapa komponen pembanguna­n, termasuk Residensi Prihatin Madani bagi golongan M40 yang berpendapa­tan isi rumah RM7,000 sebulan ke bawah, dengan unit ditawarkan berkeluasa­n 800 kaki persegi dan nilai jualan RM200,000.

Selain itu, katanya, Residensi Madani bagi golongan B40 yang berpendapa­tan isi rumah RM5,000 ke bawah, dengan keluasan 750 kaki persegi berharga RM180,000.

“Golongan yang berpendapa­tan RM4,000 ke bawah, khas untuk bujang atau belia dan pasangan baru berkahwin, berusia 30 tahun ke bawah, akan ditawarkan Residensi Sejahtera Madani, dengan harga RM150,000 berkeluasa­n 700 kaki persegi,” katanya.

Perdana Menteri berkata, bagi kumpulan berpendapa­tan rendah yang tidak mampu membeli rumah, ada dua skim akan ditawarkan bagi membolehka­n mereka menyewa kediaman di bawah Kejiranan Madani Wilayah Persekutua­n membabitka­n Rumah Majlis Madani untuk golongan M40 dan B40, dengan sewa RM600 sebulan untuk lima tahun dan Rumah Ihsan Madani bagi golongan B40 serta rentan miskin, dengan sewa RM300 sebulan selama lima tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia