Berita Harian

Malaysia berpeluang menang kes

Peguam dilantik yakin berdasarka­n fakta, bukti jelas berpihak kepada negara

-

Kuala Lumpur: Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan kumpulan Sulu pada Selasa ini yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarka­n fakta dan bukti jelas yang menyebelah­i negara.

Menteri di Jabatan Perdana

Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ketika ini, beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol yang mana lapan individu mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.

Katanya, dalam lawatan itu, beliau mengadakan perbincang­an dan menerima taklimat daripada firma guaman yang mewakili Malaysia, iaitu Uria Menandez dari Sepanyol, Bredin Prat (Perancis), Fietta LLP (United Kingdom) dan perunding perhubunga­n

awam PA Associates (United Kingdom) dalam kes tuntutan itu, sementara menunggu keputusan Mahkamah The Hague pada 27 Jun ini.

“Namun, apa juga keputusan, kerajaan MADANI kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihar­a dalam kes ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, semalam.

Apa juga keputusan, Kerajaan MADANI kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihar­a dalam kes ini

Sokongan rakyat

Justeru, Azalina memohon semua rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan memperjuan­gkan isu itu dan mendoakan kejayaan demi kedaulatan tanah air.

Kumpulan lapan individu warga Filipina itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatka­n pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada syarikat perdaganga­n British pada 1878. BERNAMA

Azalina Othman Said,

 ?? ?? Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)
 ?? ?? Keratan akhbar BH 8 Jun lalu.
Keratan akhbar BH 8 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia