Berita Harian

Speaker serah watikah pembubaran DUN Selangor

Dibubarkan dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat berakhir esok

- Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim, semalam menyerahka­n watikah pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Watikah berkenaan diserahkan Suee Lim kepada Pengarah SPR Selangor, Shafie Taib, pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Menteri Besar bersama penjawat awam Selangor, di Dewan Jubli Perak, dekat sini.

Turut menyaksika­n penyerahan itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin

Shari dan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Haris Kasim.

DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan semalam, sekali gus membuka laluan kepada PRN.

Pembubaran itu selaras pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Isnin lalu, selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Ini bermakna DUN Selangor, yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir esok.

Dengan pembubaran itu, Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.

Beri imej tak baik

Sementara itu, Amirudin, ketika ditemui pada majlis itu berkata, beliau sudah mengarahka­n EXCO negeri itu tidak menggunaka­n kenderaan rasmi ke program politik.

Beliau berkata, penggunaan kenderaan rasmi ke program berkaitan politik akan memberi imej tidak baik kepada EXCO terbabit dan juga kerajaan negeri.

“Elakkan kerana ia tidak memberi imej baik yang dikatakan tata kelola ‘good governance’,” katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, penggunaan kenderaan rasmi EXCO akan dihentikan sehari sebelum penamaan calon dilaksanak­an.

Beliau berkata, ketika ini masih ada beberapa program rasmi yang perlu dihadiri EXCO, termasuk mesyuarat di peringkat jawatankua­sa mereka.

“Sebaik (tarikh) penamaan calon (diketahui), kita akan serahkan kenderaan rasmi pada sehari sebelum,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Shafie (dua dari kiri) menerima watikah pembubaran DUN daripada Suee Lim sambil disaksikan Amirudin (kiri) dan Haris di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, semalam.
(Foto Faiz Anuar/bh) Shafie (dua dari kiri) menerima watikah pembubaran DUN daripada Suee Lim sambil disaksikan Amirudin (kiri) dan Haris di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia