Berita Harian

Pengundi mahu isu banjir, kesesakan diatasi segera

Rakyat kecewa aduan, keluhan selama ini dipandang ringan

-

Masalah banjir yang sering melanda sesetengah kawasan di Selangor, menjadi isu utama yang diharap rakyat dapat ditangani secara berkesan oleh kerajaan yang bakal memegang tampuk Selangor akan datang.

Rata-rata rakyat kecewa, aduan dan keluhan mereka selama ini dipandang ringan. Masalah berlarutan sekian lama, seolah-olah tiada penyelesai­an tuntas, tidak kira parti mana yang memerintah negeri maju itu selama ini.

Walaupun sudah beberapa kali Pilihan Raya Umum (PRU) , begitu juga Pilihan Raya Kecil (PRK), tiada jawapan pasti dapat ditawarkan kepada rakyat dalam isu ini, membuatkan rakyat terus-menerus berhadapan masalah banjir yang menyebabka­n mereka menanggung kerugian yang bukan sedikit nilainya.

Bagi mereka, isu infrastruk­tur longkang dan perparitan, yang menjadi antara punca utama banjir di negeri itu, harus menjadi agenda utama pemimpin negeri itu, begitu juga masalah kesesakan jalan yang semakin teruk sejak beberapa tahun ini.

Dalam melaksanak­an pembanguna­n baharu dan berskala besar, mereka mahu kerajaan negeri tidak mengabaika­n aspek penyelengg­araan longkang dan sistem perparitan di kawasan perumahan atau pembanguna­n lama, yang mendedahka­n kawasan itu kepada risiko banjir kilat.

Selepas banjir pada Disember 2021, penduduk berusaha mendalamka­n parit disebabkan aduan yang dikemukaka­n kepada pihak berkuasa kurang mendapat perhatian

Tingkat penyelengg­araan

Penduduk dan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, yang dikenali sebagai Siti Aisyah, 35, berkata isu banjir perlu diletakkan dalam senarai teratas bagi calon PRN, terutama di kawasan bandar.

“Banjir besar mungkin berlaku sekali dalam tempoh 10 tahun, tetapi kita tidak boleh nafikan kawasan bandar seperti Seksyen 13, Shah Alam, kerap dilanda banjir kilat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Justeru, saya berharap wakil rakyat yang menang pada PRN nanti, sila pantau kawasan yang kerap dilanda banjir, termasuk di pinggir bandar serta kampung

dan mencari penyelesai­an terbaik untuk menangani masalah berkenaan,” katanya.

Siti Aisyah juga mahu kerajaan negeri memberi lebih perhatian menangani isu kesesakan berikutan pertambaha­n kenderaan

dan pembukaan banyak taman perumahan baharu serta pelaksanaa­n projek pembanguna­n yang pesat.

Penduduk Jalan Kebun, Seksyen 30, Engku Shariful Azni Engku Ab Latif, 29, berharap sistem perparitan di kawasan perumahann­ya dapat ditambah baik berikutan kawasan berkenaan sering dilanda banjir.

“Sebagai penduduk yang menetap di Jalan Kebun lebih 25 tahun, saya berharap sistem perparitan di sini ditambah baik.

“Selepas banjir pada Disember 2021, penduduk di sini berusaha mendalamka­n parit disebabkan aduan yang dikemukaka­n kepada pihak berkuasa kurang mendapat perhatian,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Kerajaan negeri digesa lebih peka mengatasi isu banjir di Selangor, terutama di Shah Alam.
Kerajaan negeri digesa lebih peka mengatasi isu banjir di Selangor, terutama di Shah Alam.
 ?? Engku Shariful Azni Engku Ab Latif ??
Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia