Berita Harian

BN Terengganu perlu tarik semula sokongan ahli

-

Barisan Nasional (BN) negeri tidak menolak kemungkina­n Terengganu akan menjadi Kelantan kedua jika UMNO gagal menguasai kerusi dan tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said, berkata UMNO perlu menarik kira-kira 20 peratus ahli parti yang menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kembali menyokong BN pada PRN nanti.

Katanya, jika BN dan UMNO gagal menarik semula sokongan kira-kira 20 peratus, Terengganu dijangka akan menjadi Kelantan kedua untuk terus mentadbir pemerintah­an negeri.

“Jika BN dan UMNO tewas dan gagal menubuhkan kerajaan pada PRN nanti, Terengganu akan ketinggala­n sama seperti Kelantan apabila tiada projek pembanguna­n bagi meningkatk­an ekonomi rakyat sama seperti dialami negeri itu (Kelantan) selepas PAS menguasai pemerintah­an kira-kira 33 tahun.

“Ketiadaan pembanguna­n dilakukan di negeri itu menyebabka­n ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki selepas tiada peluang pekerjaan disediakan

di negeri itu,” katanya.

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ceramah Perdana Gelombang Biru 2.0 dan Pelancaran Jentera PRN15 BN di Dataran Alur Limbat, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Nik

Dir Nik Wan Ku; Ahli Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Bekas Imam Masjid Rusila, Zuliadin Abdullah.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, berkata kemudahan infrastruk­tur di Terengganu juga ketinggala­n sama seperti di Kelantan jika PAS kekal memerintah negeri ini.

Katanya, kebanyakan rakyat terutama anak muda di negeri ini tidak mahu berhijrah mencari pekerjaan di luar negeri ini.

Agihan kerusi

Dalam pada itu, agihan kerusi bagi PRN Terengganu masih menjadi teka-teki setakat ini walaupun DUN itu dijangka dibubarkan dalam tempoh kurang empat hari lagi.

Difahamkan, perbincang­an dan pembahagia­n kerusi membabitka­n gabungan Perikatan Nasional (PN) serta gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) selesai di peringkat negeri menjelang pembubaran DUN pada Selasa atau Rabu minggu depan.

Namun, pemimpin negeri masih ‘mengunci mulut’ dan dikatakan menunggu ia dimuktamad­kan pemimpin tertinggi parti di peringkat Pusat.

Ahmad mengesahka­n perbincang­an pengagihan kerusi antara parti gabungan PH atau parti Kerajaan Perpaduan sudah selesai dilakukan.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan ketika ini, PAS menguasai 22 kerusi, manakala 10 lagi dimenangi calon BN.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ahmad bersama jentera komponen parti pada Majlis Pelancaran Jentera PRN15 BN di Alur Limbat, kelmarin.
(Foto BERNAMA) Ahmad bersama jentera komponen parti pada Majlis Pelancaran Jentera PRN15 BN di Alur Limbat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia