Berita Harian

Khairy diminta tidak amal ‘politik sentiasa untung’

-

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dinasihatk­an tidak menjadi seorang pemimpin yang sentiasa mahukan keuntungan dalam politik, sebaliknya perlu berpegang kepada pendirian awal.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata amalan ‘politik sentiasa untung’ ini tidak kena pada seorang yang berprinsip walau apapun alasan.

Katanya, kelibat Khairy yang berada pada majlis perbincang­an berkaitan dengan ekonomi dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu juga ‘membuktika­n’ bahawa bekas Ketua Pemuda UMNO itu, mahukan peranan demi meraih ‘keuntungan’.

“Ketika ini (beliau) saban hari menggunaka­n media untuk mengutuk pemimpin UMNO, mengutuk Kerajaan Perpaduan, mengkritik seolah-olah dia seorang sahaja yang betul.

“Rupa-rupanya, mahukan peranan untuk mengambil untung. Apabila Perdana Menteri menjemput Khairy untuk berbincang, beliau terus hadir, namun dijangkaka­n bukan berhenti di situ, mungkin akan ada untung selepas ini.

“Kalau sudah buat keputusan untuk tidak bersama, jangan pula apabila ada untung kononnya demi negara dijadikan alasan,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibuat Profesor Politik dan Hubungan Antarabang­sa di Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang berpendapa­t pendekatan Khairy berhujah dalam isu tertentu dilihat terlalu beremosi dan terkeluar daripada landasan rasional semata-mata dengan sikap amarah beliau terhadap kepemimpin­an UMNO yang mengetepik­an beliau.

Khairy turut mengkritik dasar ekonomi dan kekecewaan orang Melayu terhadap isu 3R (Raja, Kaum dan Agama) dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tujuh bulan menjadi Perdana Menteri.

Mohd Razlan berkata, Khairy sepatutnya menjadi pengkritik kerajaan yang membina dalam tempoh pentadbira­n Kerajaan Perpaduan kini dan bukannya bercakap berlandask­an emosi.

Sementara itu, sehingga jam 6 petang semalam, usaha mendapatka­n komen daripada Khairy belum berhasil.

Khairy tidak membalas pesanan Whatsapp yang dihantar kepadanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia