Berita Harian

Teruskan tindakan saman bekas ahli khianat parti

Keputusan mahkamah dianggap beri pengajaran buat pengkhiana­t

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my Setiausaha Agung PKR

Kami mulakan dengan Zuraida. Kami menang. Langkah seterusnya ialah ke atas Ahli Parlimen PKR lain yang ikut keluar. Fakta kes sama, Insya-allah peluang menang cerah

PKR bercadang menjadikan kemenangan dalam samannya terhadap bekas Naib Presiden, Datuk Zuraida Kamaruddin yang diperintah membayar RM10 juta kepada parti itu, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ahlinya yang mengkhiana­ti parti.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah­kan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatny­a kepada parti itu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarka­n saman PKR itu selepas mendapati bon berkenaan adalah kontrak yang sah dan mengikat selain mendapati hujahan Zuraida bahawa bon ditandatan­ganinya atas alasan dipaksa adalah tidak berasas.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata PKR akan meneruskan tindakan saman seperti diterima Zuraida ke atas bekas pemimpinny­a yang meninggalk­an parti itu sebelum ini.

Beliau menyifatka­n keputusan Mahkamah Tinggi membenarka­n parti itu menuntut RM10 juta daripada Zuraida, kerana melanggar syarat bon, sebagai satu pengajaran khususnya buat pengkhiana­t parti.

“Zuraida kalah dan diperintah bayar RM10 juta kepada PKR. Kami mulakan dengan Zuraida. Kami menang. Langkah seterusnya ialah ke atas Ahli Parlimen PKR lain yang ikut keluar. Fakta kes sama, Insyaallah peluang menang cerah.

“Pengajaran­nya.. usah khianat. Gembiranya hanya sementara. Bukan sedikit penyokongn­ya sekarang mohon mahu masuk parti semula,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, satu keputusan dibuat parti untuk semua calon PKR tandatanga­n bon dan jika selepas menang, mereka keluar parti maka perlu bayar kepada parti RM10 juta.

“Semua calon berkumpul di ibu pejabat parti. Saya selaku Setiausaha Agung membantu (Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) selaku presiden pada majlis serahan watikah calon. Sebelum diserah watikah semua calon mesti tandatanga­n bon itu.

“(Bagaimanap­un) Sejumlah Ahli Parlimen PKR bertindak keluar parti selepas menang. (Akibatnya) Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh. Sebagai Setiausaha Agung, saya kemudian memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka.

“Peguam William Leong, Ahli Parlimen Selayang mengetuain­ya. Saya ikut menjadi saksi utama memberi keterangan di hadapan hakim. Kena ‘cross’ (disoal di mahkamah) dengan peguam Zuraida... berpeluh juga. Maaf ya, masuk parti bukan macam bersalin baju,” katanya.

Sementara itu, peguam bela

Saifuddin Nasution Ismail,

PKR, Navpreet Singh ketika dihubungi BH, berkata beliau belum menerima sebarang arahan daripada anak guam untuk memfailkan saman terhadap 10 lagi bekas Ahli Parlimen parti itu yang mengisytih­arkan keluar PKR pada 2020.

“Mungkin anak guam akan mempertimb­angkan untuk berbuat demikian (failkan saman terhadap Ahli Parlimen terbabit),” katanya.

Ramai lagi lompat parti

Mengulas isu sama, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil juga berkata susulan keputusan mahkamah semalam, parti berkenaan mempertimb­angkan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap beberapa bekas ahlinya yang mengkhiana­ti parti sebelum ini.

“Dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat PKR akan datang mungkin ada perbincang­an mengenai keputusan (mahkamah) tindakan terhadap Zuraida dan ada keputusan sebegini, bukan beliau sahaja yang melompat parti pada waktu itu, tetapi ada sejumlah yang lain.

“PKR mungkin meneruskan tindakan undang-undang kepada mereka yang telah mengkhiana­ti parti,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Lembah Pantai di sini semalam.

Hakim Akhtar juga memerintah­kan Zuraida untuk membayar kos RM50,000 kepada PKR.

Pada Februari 2020, 11 Ahli Parlimen mewakili PKR, termasuk Zuraida mengisytih­arkan keluar parti serta Pakatan Harapan (PH).

Sepuluh yang lain adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak); Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota); Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak); Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal); Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat); Datuk

Seri Dr Santhara Kumar (Segamat); Ali Biju (Saratok); Jonathan Yasin (Ranau); Baru Bian (Selangau) dan Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo).

PKR memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada 28 September 2020 melalui Saifuddin selaku plaintif dengan menamakan Zuraida selaku defendan.

Menerusi saman itu, PKR mendakwa Zuraida bersetuju membayar parti RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiket PKR seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata ia juga membuktika­n pendirian PKR bahawa tindakan lompat parti adalah tidak berprinsip walaupun Zuraida melanggar kontrak itu semasa negara belum melaksanak­an Akta Anti-lompat Parti.

“Sebab itu PKR mengenakan bon kepada beliau (Zuraida) dan kepada semua yang bertanding (pilihan raya) atas tiket PKR,” katanya mengingatk­an semua ahli PKR supaya tidak sesekali mengkhiana­ti parti itu.

 ?? ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Fahmi bersama pelajar pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Fahmi bersama pelajar pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia