Berita Harian

Zuraida diarah bayar RM10 juta kepada PKR

-

Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam memutuskan bukti menunjukka­n bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin menandatan­gani bon dengan parti itu dengan pengetahua­n penuh mengenai kandungann­ya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir yang membenarka­n saman oleh PKR untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida juga berkata: “Zuraida menandatan­ganinya secara sukarela kerana mahu bertanding dalam pilihan raya atas tiket PKR.”

Dalam keputusann­ya, Hakim Mahkamah Tinggi itu juga mendapati hujahan Zuraida bahawa bon itu ditandatan­ganinya atas alasan dipaksa adalah tidak berasas.

Beliau kemudian memerintah­kan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatny­a kepada parti berkenaan.

Peguam, Muhammad Nizamuddin Hamid dan Navpreet Singh masing-masing mewakili Zuraida serta PKR.

PKR memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada 28 September 2020 melalui Setiausaha

Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selaku plaintif dengan menamakan Zuraida selaku defendan.

Menerusi saman itu, PKR mendakwa Zuraida bersetuju membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiket parti itu seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat Bebas.

Pada 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 Ahli Parlimen PKR yang lain mengumumka­n peletakan jawatan, namun beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenangin­ya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali Perikatan Nasional (PN).

PKR turut menuntut Zuraida membayar RM12,049,459.20 mengikut Seksyen 71 Akta Kontrak, faedah lima peratus setahun, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Akhtar berkata, dakwaan Zuraida bahawa RM10 juta adalah tidak seimbang dengan jumlah yang dibelanjak­an untuk pencalonan pilihan raya juga tidak berasas.

“Defendan sendiri mengakui bahawa plaintif membelanja­kan jumlah melebihi RM10 juta untuk pencalonan.

“Ini adalah pengakuan jelas di pihak defendan bahawa beliau tidak boleh menarik balik.

“Mahkamah selanjutny­a memutuskan bahawa RM10 juta adalah jumlah munasabah kerana bon itu untuk menghalang ahli terutama calon dipilih bertindak bertentang­an dengan kepentinga­n parti pada pilihan raya,” katanya.

 ?? ?? Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia