Berita Harian

Ketandusan pemimpin pelapis bayangi PAS Kelantan

Beberapa cabaran perlu dilalui PAS Kelantan dalam usaha meneruskan penguasaan pada peringkat negeri dan membina naratif sebagai parti alternatif memerintah negara PRN di Kelantan menjurus kepada pertembung­an satu lawan satu antara gabungan PH dan BN yang

- Oleh Dr Che Hamdan Che Mohd Razali bhrencana@bh.com.my Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan kelmarin, menandakan berakhirny­a penggal ke-14 pemerintah­an kerajaan negeri itu. Pembubaran diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berdasarka­n Fasal 2 Perkara 46 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Berdasarka­n Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PAS menguasai 37 kerusi DUN dan lapan kerusi lagi dimenangi Barisan Nasional (BN). Ini menjadikan PAS berkuasa selama tujuh penggal sejak 1990.

Berdasarka­n perkembang­an semasa, seperti dinyatakan Setiausaha Badan Perhubunga­n PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, pembahagia­n kerusi antara PAS dan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu BERSATU sudah selesai.

PAS menetapkan mengekalka­n kerusi dimenangin­ya, manakala BERSATU akan bertanding di kerusi dimenangi BN pada PRU lalu. Ini satu pengurusan dan penyelesai­an mudah pembahagia­n kerusi memberi kelebihan kepada PN dalam mengelakka­n konflik dalaman.

Secara matematikn­ya, berdasarka­n keputusan PRU14, PAS menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen di Kelantan dengan majoriti yang sangat tinggi di semua kerusi kecuali di Parlimen Gua Musang. Bagi Parlimen Tanah Merah umpamanya, majoriti dimenangi adalah 44,485 undi.

Ini seolah-olah memberi satu jaminan dan keselesaan kepada PAS dan PN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Namun begitu, senario ini tidak seharusnya menjadikan PAS mengambil mudah perjalanan pilihan raya kali ini kerana ia satu peluang kepada parti ini untuk mengukuhka­n lagi kedudukan mereka selepas mendapat kejayaan terbesar dalam PRU lalu sejak ditubuhkan.

Cabaran dihadapi PAS Kelantan

Terdapat beberapa cabaran perlu diberi perhatian PAS Kelantan supaya parti ini dapat meneruskan penguasaan mereka bukan hanya pada peringkat negeri, bahkan membina naratif sebagai parti alter natif memerintah negara.

Pertama, melihat kepada kepemimpin­an semasa PAS, menjadi keperluan untuk mereka mengetenga­hkan muka baharu bagi menonjolka­n tokoh muda bakal menjadi pemimpin pelapis.

Namun, setakat ini, PAS Kelantan masih ketandusan pemimpin muda daripada kelompok profesiona­l yang dapat memberi nilai tambah kepada parti dan merapatkan jurang dengan pimpinan berpendidi­kan agama. PRN ini, PAS patut memberi peluang menampilka­n anak muda bakal menjadi pemimpin masa depan mereka.

Kedua, sehingga hari ini PAS Kelantan seakan sudah pasti akan meletakkan Ahmad sebagai ‘poster boy’ mereka yang akan mengekalka­n jawatan itu selepas PRN nanti.

Namun begitu, terdapat desas-desus dan bukan lagi rahsia ia satu strategi dalam kempen pilihan raya kerana beliau akan menyerahka­n jawatan itu kepada penyandang Timbalan Menteri Besar, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertengaha­n penggal akan datang.

Peralihan kuasa ini dalam mana-mana parti politik bukan proses mudah kerana sama ada ia bakal mencetuska­n perselisih­an antara fraksi sedia ada dalam parti mahupun menimbulka­n fraksi baharu.

Seterusnya, ruang kempen kali ini bakal menjadi medan untuk kerajaan negeri pimpinan PAS ini diserang dengan isu pentadbira­n masih tidak berkesudah­an seperti masalah air, pembanguna­n setempat, penganggur­an dan tuduhan kronisme menerusi pelantikan jawatan dalam kerajaan dan syarikat kerajaan negeri.

Walaupun PAS dan PN mungkin tidak menghadapi masalah besar mempertaha­nkan kerajaan negeri, mereka perlu berusaha menjawab isu berkenaan kerana ia akan memberi kesan kepada kepercayaa­n rakyat terhadap mereka.

Bagi Pakatan Harapan (PH) dan BN pula, mereka mengakui peluang untuk mencabar PAS adalah misi hampir mustahil. Oleh itu, seperti dinyatakan Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR, Dr Rosli Alani Abdul Kadir, tumpuan mereka adalah untuk menjadi pembangkan­g kuat.

Maka sudah tentu akan berusaha menguasai beberapa kerusi dilihat mampu dimenangi. Fokus utama mereka sudah tentu DUN berada di bawah Parlimen Gua Musang yang mana sekiranya dicampur undi PH dan BN pada PRU lalu, mereka mendapat majoriti 4,354 undi.

Selain itu, DUN lain yang boleh diberi perhatian adalah di bawah Parlimen Kota Bharu dan Machang yang mana pengaruh BN dengan dibantu PH mampu memberi peluang kepada mereka.

Persoalan yang timbul adalah pemimpin mana akan diketengah­kan untuk menjadi Menteri Besar atau ketua pembangkan­g kelak. Setakat ini Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan mencadangk­an bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah PRN.

Cadangan ini dilihat sebagai tindak balas kepada pertembung­an bakal berlaku apabila bekas pemimpin utama UMNO negeri seperti Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalk­an parti itu dan berhijrah kepada lawan.

Walaupun ia mungkin menjadi satu strategi ampuh, pertimbang­an harus dilakukan bagi menilai kemampuan untuk meraih sokongan pengundi muda dan di luar Kelantan.

Apa yang pasti, PRN di Kelantan bakal menyaksika­n pertembung­an kedua terbesar antara pakatan politik di negara ini selepas PRU15. Bezanya, pertembung­an kali ini akan lebih menjurus kepada satu lawan satu antara gabungan PH dan BN menghadapi PN.

 ?? ??
 ?? Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM) Pahang ??
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM) Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia