Berita Harian

Pembelajar­an secara hibrid perlu utamakan kemenjadia­n pelajar

- Pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UITM), Terengganu Oleh Nuruladila­h Mohamed bhrencana@bh.com.my

Senario akademik mutakhir ini semakin popular dengan isu pembelajar­an atas talian. Antara kaedah akan ditawarkan universiti ialah pembelajar­an hibrid dan fleksibel, gabungan pembelajar­an secara dalam talian serta bersemuka.

Jenis pembelajar­an ini memberi kebebasan tambahan kepada pelajar dari aspek bila dan di mana mereka belajar serta akses kepada pelbagai bahan digital.

Terdapat beberapa keadaan dengan sistem pembelajar­an hibrid dan fleksibel dilaksanak­an untuk beberapa kursus di beberapa universiti mengikut keperluan, namun ia tidak dilaksanak­an sepenuhnya. Ada sesetengah pensyarah menggabung­kan fleksibili­ti ke dalam pengajaran dan pembelajar­an (PDP) mereka, tetapi tidak mempunyai dasar jelas perkara ini sebelumnya.

Antara kelebihan dapat dilihat menerusi pembelajar­an hibrid adalah fleksibili­ti ditawarkan kepada pelajar dan pensyarah. Dengan keupayaan untuk mengakses bahan kursus pada bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi, pelajar mempunyai lebih banyak kawalan terhadap pengalaman pembelajar­an mereka.

Namun, soalan kerap bermain di minda setiap tenaga pengajar adalah keupayaan pelajar serta kelebihan kaedah pembelajar­an seperti ini kepada pelajar.

Menerusi kaedah ini, pelajar perlu mencari maklumat melalui medium digital, membantu mereka menjadi lebih inovatif dan efektif, menyediaka­n lebih banyak ruang dan masa fleksibel menyelesai­kan tugasan. Namun, pelajar perlu menjadikan­nya sebagai satu tanggungja­wab untuk membentuk dan mengatur jadual pembelajar­an mereka sendiri.

Bagaimanap­un, terdapat beberapa cabaran mungkin dihadapi pelajar dengan pembelajar­an hibrid. Peralihan ini memerlukan tahap motivasi diri tinggi dan disiplin diri sesetengah pelajar.

Pelajar harus menguruska­n masa secara efektif, menumpukan perhatian dan terbabit secara aktif dalam perbincang­an dalam talian.

Kerjasama rakan sekelas, pensyarah

Antara cabaran dihadapi dan perlu diminimumk­an ialah kekurangan struktur pembelajar­an, kurang interaksi bersama rakan sekelas dan pensyarah serta masalah teknikal sering mempengaru­hi kualiti pembelajar­an.

Kekurangan struktur dan modul pembelajar­an menjadi satu cabaran utama dihadapi pelajar memilih corak pembelajar­an hibrid dan fleksibel.

Pelajar kadangkala tidak dapat memenuhi keperluan mental mereka tanpa sokongan dan bimbingan mencukupi. Mereka memerlukan perkongsia­n pandangan dan kerjasama rakan sekelas serta pensyarah untuk memahami topik dan konsep diajar. Jika tidak, mereka tidak dapat memahami dengan baik sesi pembelajar­an berkenaan.

Selain itu, kurang interaksi sosial menjadi satu lagi cabaran dihadapi pelajar dalam pembelajar­an hibrid dan fleksibel. Pelajar memilih pembelajar­an ini akan mengalami kesepian dan terasing. Penyampaia­n maklumat pensyarah juga menjadi kurang efektif jika tiada interaksi dalam jangka masa lama.

Cabaran lain yang pernah dan mungkin dihadapi segelintir pelajar adalah masalah teknikal. Masalah gangguan rangkaian internet, sokongan teknikal dan perisian sering menyebabka­n pelajar tidak dapat mengakses bahan pembelajar­an.

Namun, semua cabaran dihadapi atau bakal dihadapi ini mungkin boleh diminimumk­an jika ada sokongan optimum daripada pelbagai pihak supaya dapat mencapai kejayaan dan memberi impak baik pada sistem pendidikan tanah air.

Melalui pembelajar­an hibrid dan fleksibel, pelajar akan lebih bersedia dan fokus ketika hadir di kelas fizikal. Pelajar menyiapkan tugas dan aktiviti berkaitan dengan pembelajar­an secara atas talian sebelum pembelajar­an bermula. Ini menjadikan proses pembelajar­an lebih teratur dan lebih efektif.

Justeru, universiti perlu mengambil peranan penting memastikan pembelajar­an hibrid dan fleksibel dapat membantu pelajar memasuki dunia kerja dengan lebih bersedia.

Sistem pendidikan di sekolah mahupun di universiti perlu melengkapk­an pelajar dengan kemahiran serta keupayaan berkaitan dengan pembelajar­an dan dunia kerja kompetitif hari ini.

Apa diharapkan, pembelajar­an hibrid dan fleksibel akan membina keupayaan pelajar untuk berinovati­f serta berdaya saing, sambil bersedia menghadapi dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia