Berita Harian

Perluas kefahaman rakyat manfaat tenaga boleh diperbahar­u

- Oleh Dr Zarith Sufia Azlan bhrencana@bh.com.my

Pada Mei lalu, kita digemparka­n dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan peningkata­n kos elektrik serta pemansuhan subsidi caj tarif elektrik bagi penggunaan berlebihan. Ini menyebabka­n rakyat perlu mencari sumber tenaga alternatif supaya dapat mengurangk­an beban kewangan menanggung kos utiliti.

Tenaga boleh baharu (TBB) adalah pilihan sumber tenaga alternatif terbaik bagi mengurangk­an kos penggunaan elektrik pengguna. Ini sekali gus dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada penjanaan elektrik menggunaka­n bahan api fosil.

TBB bukan sesuatu perkara baharu di Malaysia. Malah, inisiatif kepada pembanguna­n TBB ini diperkenal­kan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5). Ia diiktiraf sebagai sumber bahan api kelima selain petroleum, gas asli, hidroelekt­rik dan arang batu.

Sejak itu, kerajaan melalui agensi seperti Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) mengambil usaha berterusan menetapkan sasaran kapasiti penjanaan TBB. SEDA juga memperkena­lkan pelbagai program memastikan keselamata­n dan kemampanan tenaga, penggunaan dan peruntukan sumber berkesan, pemelihara­an alam sekitar serta penyampaia­n perkhidmat­an berkualiti tinggi kepada semua pihak berkepenti­ngan.

Dasar pembanguna­n TBB juga mengalami perubahan sejak mula diperkenal­kan. Pada 2022, SEDA melancarka­n Hala tuju Tenaga Boleh Diperbahar­u Malaysia (MYRER) dengan matlamat menambah kapasiti penjanaan TBD, menilai potensi sumbernya dan membangunk­an pelan hala tuju strategik.

Empat sumber utama TBB

MYRER juga bertujuan membantu negara mencapai sasaran penjanaan TBB sebanyak 31 peratus menjelang 2035 seperti ditetapkan Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KETSA).

Menekuni Dasar TBB Kebangsaan hingga kini hanya empat sumber utama TBB menjadi keutamaan dalam penjanaan elektrik di Malaysia iaitu biojisim, biogas, hidroelekt­rik berskala kecil dan fotovoltai­k solar.

Namun, penjanaan elektrik daripada sumber tenaga fotovaltai­k solar menyumbang keseluruha­n kepada 47 peratus output kuasa sambungan grid di Malaysia pada suku pertama 2023.

Ini selaras hasil laporan daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), pada masa hadapan fotovaltai­k solar dijangka menjana lebih banyak tenaga elektrik berbanding sumber TBB.

Selain itu, pelaksanaa­n program TBB seperti Pemetaan Tenaga Bersih (NEM), Tarif Galakan (FIT), Solar Berskala Besar (LSS), kegunaan sendiri (SELCO) serta insentif seperti Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 2.0 (GTFS 2) membantu perkembang­an industri TBB, sekali gus membuktika­n kerajaan komited menyediaka­n platform baik dan mendorong pelaksanaa­n pantas projek TBB di Malaysia. Ini membuktika­n Malaysia mampu menyediaka­n sumber alternatif dalam penjanaan elektrik.

Sementara itu, pada bulan lalu juga, Kabinet turut bersetuju meningkatk­an kapasiti penjanaan TBB sehingga 70 peratus menjelang 2050 menerusi hala tuju pembanguna­n TBB.

Dasar pemerdagan­gan TBB merentas sempadan akan diperkenal­kan dan dijangka memanfaatk­an industri TBB untuk membina kapasiti penjanaan pada skala lebih besar. Ini menunjukka­n Malaysia mampu memaksimum­kan penggunaan solar dalam komuniti dan sekali gus mengurangk­an kos elektrik dalam jangka masa panjang.

Persoalann­ya kini, apakah kita bersedia menggunaka­n sumber alternatif ini. Adakah kerajaan serta agensi berkaitan sudah mengambil kira risiko dari segi pelaksanaa­n, bajet dan masa bakal dihadapi. Dalam hal ini, kerajaan serta agensi terbabit perlu melaksanak­an pendedahan kepentinga­n sumber alternatif ini, terutama kepada masyarakat.

 ?? ?? Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang
Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia