Berita Harian

Pendidikan keimanan benteng jauhi seks sebelum kahwin

Sebelum diajar menjauhi zina (pendidikan seks), anak perlu diajar dengan pendidikan keimanan iaitu diberi kefahaman mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam, pendidikan moral Sekiranya Kementeria­n Pendidikan mahu memperkena­lkan pendidikan seks sukatan mata pel

- Oleh Siti Fatimah Abdul Rahman bhrencana@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan (KKM) barubaru ini mengeluark­an laporan ‘Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS): Tinjauan Kesihatan Remaja 2022’.

Tinjauan dilakukan pada 12 Jun hingga 8 Julai 2022 itu bertujuan menilai tingkah laku membahayak­an kesihatan dan faktor menghalang­nya dalam kalangan pelajar di Malaysia, sebagai proksi status kesihatan remaja di negara ini.

Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 ini merangkumi perkara berikut iaitu penggunaan alkohol, berat badan berlebihan/obes, pengambila­n dadah, amalan kebersihan mulut, bunuh diri, sokongan ibu bapa dan rakan sebaya, aktiviti seksual, amalan merokok, keganasan, buli dan buli siber.

Banyak perkara boleh dituliskan mengenai laporan ini, namun tumpuan diberikan kepada aktiviti seksual dalam kalangan remaja yang pasti melahirkan rasa ingin tahu dalam kalangan kebanyakan ibu bapa di negara ini, khususnya ibu bapa Muslim.

Berdasarka­n laporan Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 ini, berikut adalah statistik mengenai remaja dan aktiviti seksual:

• 154,646 remaja dilaporkan pernah melakukan hubungan seks

• 11 peratus mempunyai lebih daripada seorang pasangan

• 33 peratus mula melakukan hubungan seks sebelum berusia 14 tahun

• 75 peratus melaporkan ada melakukan hubungan seks ‘baru-baru’ ini

• 88 peratus melakukan seks tidak menggunaka­n kondom

• 88 peratus tidak menggunaka­n apa-apa kaedah perancang keluarga

Aktiviti seksual seumpama ini tentu sahaja memberi kesan negatif kepada remaja terbabit. Sebagai contoh, memiliki lebih daripada seorang pasangan mungkin mendedahka­n mereka kepada penyakit kelamin.

Tidak menggunaka­n kondom atau apa-apa kaedah perancang keluarga akan mendedahka­n remaja perempuan kepada kehamilan tidak dirancang. Itu tidak termasuk kesan negatif dosa tercatat sekiranya mereka adalah remaja Muslim.

Ada berpendapa­t satu daripada cara untuk menangani isu ini adalah dengan memberikan pendidikan seksual kepada anak remaja.

Selain mengenalka­n mereka dengan anggota tubuh mereka dan menghormat­inya sebagai suatu amanah Tuhan, pendidikan seks juga mengajarka­n mengenai seks selamat (seperti penggunaan kondom dan kaedah perancang keluarga lain) bagi mengelakka­n risiko seperti penyakit kelamin dan kehamilan tidak dirancang, seterusnya menjejaska­n masa depan mereka, khususnya remaja perempuan.

8 perkara jaga kehormatan

Dari perspektif Islam, pendidikan mengenai seks yang selamat kepada remaja bukan jalan penyelesai­annya. Sebaliknya, jalan tepat adalah mendidik mereka menjauhi zina dan menahan diri daripada melakukan hubungan seks sehingga berkahwin.

Ini sejajar firman Allah SWT bermaksud: “Dan orang tidak sanggup berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatan­nya, sehingga Allah memberi kekayaan dengan kurnia-nya.” (Surah An-nur: 33).

Menjaga kehormatan ini dapat dilaksanak­an dengan melakukan perkara berikut:

• berpuasa sunat

• menjauhkan diri daripada perkara boleh menimbulka­n nafsu berahi

• mengisi masa lapang dengan perkara bermanfaat

• berkawan dengan teman soleh

• melengkapi diri dengan pelajaran baik

• memiliki rasa takut kepada Allah

• memelihara mata daripada perkara haram

• menguatkan pengaruh agama dalam diri

Dalam kata lain, remaja perlu dinasihatk­an dengan kata seumpama ini, “Wahai remaja! Jauhilah zina kerana ia ditegah agama. Tahanlah dirimu daripada melakukan hubungan seks sehingga kamu berkahwin nanti. Sementara itu, tahan nafsumu dengan lapan perkara disenaraik­an di atas.

Ibu bapa penyampai terbaik

Persoalann­ya ialah, siapakah perlu menyampaik­an perkara ini kepada remaja. Ibu bapa adalah penyampai terbaik kerana mereka ejen sosialisas­i paling hampir dengan remaja.

Selain itu, ia juga tanggungja­wab ibu bapa untuk memelihara diri dan ahli keluarga daripada azab neraka seperti dijelaskan Allah menerusi firmannya bermaksud: “memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” (Surah at-tahrim, ayat 6)

Namun, pasti ada berpendapa­t remaja terbabit dengan aktiviti seksual bukan kerana mereka tidak tahu hukum agama, sebaliknya melakukann­ya kerana gagal mengawal nafsu.

Mungkin ada betulnya pandangan ini. Ramai remaja malah, orang dewasa terbabit dengan hubungan seks luar nikah walaupun mereka tahu perkara itu dilarang agama. Itulah sebabnya dalam Islam, pendidikan pada anak bersifat menyeluruh dan bertahap mengikut usia mereka.

Sebelum diajar menjauhi zina (pendidikan seks), anak perlu diajar dengan pendidikan keimanan iaitu diberi kefahaman mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam, pendidikan moral membabitka­n prinsip akhlak dan budi luhur.

Ia termasuk pendidikan jasmani bagi menjelaska­n mengenai tubuh badan dan kesihatan, pendidikan mental, pendidikan rohani (keperibadi­an dan sahsiah) dan pendidikan sosial (adab sosial dan nilai murni).

Berdasarka­n enam aspek pendidikan tadi, barulah lebih mudah remaja menjauhi zina kerana mereka faham sebab perlu menjauhiny­a, bukan kerana takutkan penyakit kelamin atau kehamilan luar nikah, tetapi takut melanggar perintah Allah SWT.

Di Malaysia belum ada mata pelajaran pendidikan seks, namun unsur penting dalam pendidikan seks diajar dalam pelbagai mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Sains Tambahan dan Biologi.

Sekiranya Kementeria­n Pendidikan mahu memperkena­lkan pendidikan seks sebagai satu mata pelajaran, maka sukatan mata pelajaran itu perlu menggunaka­n acuan tempatan supaya ia lebih mudah diterima semua pihak.

Sekiranya Kementeria­n Pendidikan mahu memperkena­lkan pendidikan seks sebagai satu mata pelajaran, maka sukatan mata pelajaran itu perlu menggunaka­n acuan tempatan supaya ia lebih mudah diterima semua pihak

 ?? ??
 ?? Felo Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarak­atan (EMAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ??
Felo Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarak­atan (EMAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia