Berita Harian

Usah putus asa harungi cabaran menuntut ilmu

- Nur Fatin Natasha Bahari Universiti Sains Islam Malaysia

Hari ini proses menuntut ilmu kelihatann­ya dicabar oleh persekitar­an yang berupaya menjejaska­n motivasi seseorang itu untuk menyambung pengajian. Misalnya kita membaca mengenai peratusan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mahu menyambung pengajian semakin meningkat.

Banyak faktor dikaitkan dengan senario itu antaranya kemiskinan, mahu cepat masuk ke pasaran kerja selain ada yang tidak melihat menyambung pengajian selepas SPM hal yang penting.

Ramai anak muda yang lebih berminat untuk mencari wang mudah menjadi penghantar makanan atau pempengaru­h selain tidak kurang mahu menjadi selebriti kerana mendapat imbuhan lebih banyak.

Mengapa pandangan seperti itu mendominas­i anak muda sekarang? Satu daripada sebabnya adalah kerana hilangnya kesungguha­n dalam menuntut ilmu.

Perbincang­an mengenai peri pentingnya menuntut ilmu ini sudah dinyatakan di dalam al-quran dan hadis serta diulas secara mendalam oleh ulama dan cendekiawa­n terdahulu dan kini.

Misalnya dalam satu hadis, Rasulullah SAW seperti diriwayatk­an oleh Saad bin Abi Waqqas RA dan Huzaifah bin al-yaman RA bersabda; Kelebihan ilmu adalah lebih baik daripada kelebihan ibadat. Sebaik-baik urusan agama kalian adalah sifat warak.” (HR al-hakim).

Ilmuwan Islam, Dr Syed Abdul Majdi al-ghouri turut membicarak­an perihal menuntut ilmu ini dengan panjang lebar di dalam bukunya Risalah buat Penuntut Ilmu . Antara kandungan buku itu ialah beliau membahaska­n mengenai menuntut ilmu dengan ‘himmah’.

Himmah atau keazaman yang kuat adalah sikap yang perlu ada dalam peribadi penuntut ilmu. Pelajar perlu tahu bahawa kepentinga­n adanya kesungguha­n yang ‘memaksa’ diri untuk lebih maju sehingga mereka sedar bahawa menuntut ilmu ini tidak akan pernah ada habisnya.

Di dalam buku ini juga, Dr Syed Abdul Majdi al-ghouri memberikan gambaran bahawa penuntut ilmu yang mempunyai keazaman tinggi sangat menjaga masa serta mengelak daripada melakukan perkara tidak berfaedah, selain mempunyai keazaman tinggi. Kehidupan mereka hanya dipuaskan dengan ilmu.

Jadi bolehkah kita katakan senario yang berlaku dalam kalangan anak muda hari ini adalah kurangnya himmah dalam diri mereka?

Menuntut ilmu hari ini lebih mudah

Berbanding dahulu menuntut ilmu hari ini lebih mudah. Kemudahan yang kita peroleh ini sebenarnya adalah hasil perjuangan ulama terdahulu. Imam al-bukhari misalnya tokoh ulama terkenal dengan hasil titik peluhnya kita hari ini boleh membaca hadis dengan mudah.

Perjalanan beliau mengumpul hadis memakan jarak beribu batu dari Bukhara ke Khurasan, Mesir, Makkah, Madinah, Basrah, Kufah dan banyak lagi tempat demi mendapatka­n hadis sahih mengambil masa bertahun-tahun.

Proses itu juga dikatakan memakan belanja kira-kira 500 dirham sebulan. Sedangkan beliau semasa kecilnya diuji buta selain berhadapan pelbagai cabaran misalnya pernah mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan, difitnah oleh masyarakat selain dihalau.

Namun semua itu tidak mematahkan semangat beliau untuk mencapai cita-citanya. Bayangkan andai beliau berputus asa dan memandang enteng terhadap ilmu, bagaimana agaknya kita keadaan masyarakat Islam pada hari ini?

Hal itu adalah bukti betapa besarnya pengaruh kesungguha­n menuntut ilmu dalam diri seseorang itu. Justeru, berpanduka­n pengalaman beliau, cuba kita renung kembali diri kita. Apakah sumbangan yang boleh kita beri kepada masyarakat menerusi ilmu? Memang setiap orang mempunyai cabaran tersendiri, namun tidak molek semua itu dijadikan sebab untuk berputus asa dan tiada semangat.

Sebaliknya, jadikanlah setiap cabaran yang dihadapi ketika berjihad menuntut ilmu ini sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Sikap sambil lewa dengan pendidikan perlu dinyahkan dalam diri supaya kita mampu menjadi sebenar-benarnya si penuntut ilmu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia