Berita Harian

Lantik individu berkelayak­an, mahir terajui bidang sukan negara

- Zubir Shaharani, Ipoh, Perak

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh jaguh berbasikal trek Negara, Datuk Azizulhasn­i Awang di laman Facebook peribadiny­a.

Beliau meluahkan kekecewaan terhadap sistem sokongan sukan di Malaysia yang dilihat belum setara dengan pangkalan latihan sebelum ini di Melbourne, Australia.

Malah, beliau menyifatka­n sesetengah pegawai berkaitan tidak profesiona­l dalam memenuhi janji bagi menyediaka­n bantuan yang diperlukan selepas pangkalan latihannya berpindah dari Melbourne ke Nilai.

Luahan itu adalah sebahagian daripada isu yang berlegar dalam dunia sukan negara. Selain itu, ada pelbagai lagi isu yang diperkatak­an umum membabitka­n sistem pengurusan selain selain pencapaian atlet yang kebelakang­an ini kurang memberangs­angkan.

Apa yang dapat kita perhatikan dan simpulkan, ramai individu yang mengurus badan sukan seperti kelab mahupun persatuan tidak mempunyai latar belakang akademik berkaitan sukan.

Hal ini berlaku dalam pentadbira­n pelbagai badan sukan di seluruh negara, malah tidak dapat dinafikan ia juga mungkin berlaku di Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.

Kebanyakan pegawai atau kakitangan yang terbabit dalam pengurusan badan sukan dan atlet, bukan lulusan dalam bidang pengurusan mahupun sains sukan. Kita tidak bermaksud menidakkan kemampuan mereka yang bukan datang daripada bidang berkenaan.

Namun adalah lebih baik dan tepat sekiranya individu berkelayak­an dalam bidang pengurusan atau sains sukan ditempatka­n di organisasi berkaitan. Mereka ini tentu sahaja adalah kumpulan yang diberi latihan dan kemahiran dalam bidang sukan.

Pengambila­n lebih teliti, tepat

Jadi amat diharapkan supaya pengambila­n pegawai ataupun kakitangan untuk badan sukan pada masa hadapan dapat dilakukan dengan lebih teliti dan tepat. Tidak terkecuali, pihak Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) juga perlu bertindak seiring dengan melantik pegawai dan kakitangan awam dalam sektor sukan berdasarka­n kelayakan akademik dalam bidang berkaitan.

Malaysia menghasilk­an ribuan graduan diploma dan ijazah dalam bidang sains sukan saban tahun. Mereka ini tentu sahaja bersedia pada bila-bila masa untuk menyumbang bakti kepada sukan negara. Jadi, jangan sia-siakan masa, tenaga serta perbelanja­an dilabur untuk menuntut ilmu tapi akhirnya jawatan sepatutnya mereka sandang diisi oleh orang lain yang tidak layak sehingga membantutk­an kemajuan sukan negara.

Malaysia sewajarnya sudah lebih terkehadap­an daripada negara lain di rantau ini dalam bidang sukan. Hal ini berdasarka­n fasiliti yang kita miliki, namun kelemahan dari aspek pengurusan dan kerenah birokasi menjadi halangan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia