Berita Harian

Pulau Pinang terima RM211.4J Program Sentuhan Kasih KPKT

-

Kerajaan Malaysia MADANI akan bersikap adil, arif dan saksama kepada semua kerana kita sayang semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama

Georngetow­n: Kementeria­n Pembanguna­n Kerajaan Tempatan (KPKT), semalam memperuntu­kkan sebanyak RM211.4 juta kepada Pulau Pinang menerusi ‘Program Sentuhan Kasih KPKT’ bagi pembinaan projek perumahan rakyat (PPR), projek penyelengg­araan dan naik taraf projek di bawah Majlis Bandar Raya.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, di bawah pentadbira­n Kerajaan MADANI, tiada negeri akan dianaktiri­kan dan kementeria­n itu akan sentiasa berkhidmat untuk membela nasib semua rakyat.

Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah peruntukan paling besar pernah diberi kepada Pulau Pinang yang akan membabitka­n 41 projek di bahagian pulau dan Seberang Perai.

“Kerajaan Malaysia MADANI akan bersikap adil, arif dan saksama kepada semua kerana kita sayang semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Pada masa sama, saya akan pastikan semua peruntukan yang diumumkan, akan dilaksanak­an dengan secara berkesan,” katanya kepada pemberita selepas program Sentuhan Kasih KPKT di sini, semalam.

Terdahulu, Kor Ming yang diiringi Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancanga­n Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo turut melawat PPR Kota Giam dan Astaka Taman Tun Sardon di daerah Timur Laut.

Beliau berkata, daripada jumlah peruntukan yang diumumkan, sebanyak RM200 juta akan disalurkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk pembinaan PPR manakala RM9.62 juta bagi penyelengg­araan di bawah tabung Program Penyenggar­aan Perumahan (PPP) dan Tabung Penyelengg­araan Perumahan Malaysia (TPPM).

“Sebelum ini, Pulau Pinang hanya dapat empat projek PPR dengan jumlah hanya 999 unit tetapi kini kita memperuntu­kkan RM200 juta untuk bina tambahan 1,000 unit di bahagian pulau dan Seberang Perai, demi kesejahter­aan rakyat negeri ini,” katanya.

Kor Ming juga berkata, kos pembinaan satu unit rumah PPR dianggarka­n RM250,000 tetapi kerajaan hanya menjual kepada rakyat pada harga RM45,000 seunit, subsidi lebih RM200,000 satu unit.

Sementara itu, Jagdeep Singh berkata, lokasi yang dikenal pasti untuk pembinaan rumah PPR adalah di daerah timur laut di bahagian pulau dan Seberang Perai Utara.

Beliau berkata, memandangk­an peruntukan sudah ada, semua pelan projek akan dimohon melalui Majlis Bandaraya untuk kelulusan sebelum pembinaan dapat dilakukan di lokasi tersebut.

“Projek PPR akan diberi keutamaan Majlis Bandaraya dan berharap kelulusan akan diterima pada hujung tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan,” katanya. BERNAMA

 ?? ?? Nga Kor Ming, Menteri Pembanguna­n Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming, Menteri Pembanguna­n Kerajaan Tempatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia