Berita Harian

Hasrat Malaysia dapat maklum balas positif

Langkah jadi tuan rumah Simposium Haji dan Umrah akan dibincang bersama Arab Saudi

-

Malaysia untuk menjadi tuan rumah Simposium Haji dan Umrah, iaitu kali pertama berlangsun­g di luar negara ini sekiranya berjaya direalisas­ikan, menerima maklum balas positif Kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata beliau sudah menyampaik­an cadangan itu kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-rabiah yang bersetuju secara dasarnya.

Katanya, beliau menyaranka­n idea berkenaan ketika saling berhubung dengan Dr Tawfiq melalui Whatsapp, selepas menghadiri Simposium Perdana Haji anjuran Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi di Jeddah pada Selasa lalu.

Beliau berkata, ia sebagai langkah permulaan buat masa ini berikutan kesibukan Dr Tawfiq menjelang kemuncak ibadah haji atau masyair pada minggu depan, namun langkah susulan akan diambil bagi membincang­kan perkara

itu secara lebih lanjut dan terperinci antara kedua-dua pihak.

“Pada dasarnya, beliau bersetuju serta menyatakan akan memberi kerjasama jika Malaysia berhasrat untuk mengadakan Simposium Haji dan Umrah pada peringkat serantau di Asia Tenggara.

“Alhamdulil­lah, beliau memberikan respons sangat baik dan positif, termasuk menyatakan kesediaan untuk membantu serta mengkoordi­nasi.

“Perkara ini memerlukan perbincang­an lanjut. Namun yang penting ialah pada dasarnya, idea itu tidak ditolak, malah diterima baik oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Program Kebersihan Masyair 1444H/2023M, di sini, kelmarin.

Kongsi idea terbaik

Media baru-baru ini melaporkan Malaysia merancang untuk menjadi tuan rumah Simposium Haji dan Umrah anjuran Kerajaan Arab Saudi, bagi memudahkan penyertaan serta perkongsia­n idea terbaik daripada pemain industri itu dalam kalangan negara serantau, khususnya ASEAN

pada masa depan.

Sementara itu berhubung Program Kebersihan Masyair 1444H/2023M pula, beliau berkata, ia adalah kesinambun­gan kepada inisiatif diperkenal­kan TH sejak 2018 bagi menggalakk­an jemaah Malaysia untuk menjaga kebersihan kawasan operasi masyair meliputi Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Kita hendak menanam semangat dan usaha menjaga kebersihan dalam kalangan jemaah haji, seperti hadis Nabi SAW menyebut: ‘Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.’

“Alhamdulil­lah, Kerajaan Arab Saudi juga sangat menghargai usaha dilakukan TH dan jemaah Malaysia ini,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Mohd Na’im beramah mesra dengan jemaah haji pada Majlis Pelancaran Program Kebersihan Masyair, semalam.
Mohd Na’im beramah mesra dengan jemaah haji pada Majlis Pelancaran Program Kebersihan Masyair, semalam.
 ?? ?? Keratan akhbar BH, Khamis lalu.
Keratan akhbar BH, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia