Berita Harian

Najib tarik balik 2 rayuan dapatkan dokumen

-

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menarik balik dua rayuan untuk mendapatka­n dokumen membabitka­n transaksi kewangan firma pelaburan Goldman Sachs dan dokumen perbankan berhubung bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluargany­a.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada prosiding di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutua­n, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.

Menurut Muhammad Shafee, pihak perayu (Najib) akan menarik balik dua permohonan utama itu tanpa perjudis bagi dihujahkan semula di semua peringkat mahkamah.

Katanya, pihak responden iaitu pendakwaan tidak membantah hak perayu memohon semula (dokumen berkenaan) apabila saksi relevan (Zeti) dipanggil dalam perbicaraa­n kes penyelewen­gan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, panel kemudian membatalka­n dua rayuan itu, tanpa mendengar merit keduaduany­a.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk mendapatka­n dokumen berkenaan selepas memutuskan dokumen berkaitan dakwaan dana yang diterima oleh keluarga Zeti tidak relevan dengan pertuduhan yang dihadapiny­a dan ia tidak akan membantuny­a dalam pembelaan kes 1MDB.

Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai 2021 yang menolak dua permohonan untuk meminta pendakwaan mendedahka­n dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan bahawa keluargany­a didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Bekas perdana menteri itu juga memohon untuk mendapatka­n dokumen perjanjian penyelesai­an sulit antara Kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.

Najib kini dibicaraka­n atas empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk mendapatka­n rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia