Berita Harian

Pemaju tingkat langkah keselamata­n, JKKP siasat

-

Pihak pemaju meningkatk­an aspek keselamata­n dengan memasang jaring perangkap di sekeliling bangunan dalam pembinaan di Sungai Nibong, di sini, susulan aduan penduduk mengenai kerisauan aktiviti di tapak berkenaan yang terlalu hampir dengan sekolah dan perumahan.

Pemasangan jaring khas atau dikenali catch netting itu bertujuan menambah baik aspek keselamata­n terutama untuk memerangka­p sebarang objek yang jatuh daripada bangunan dalam pembinaan itu.

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ahmad Azrizal Tahir, berkata selain pemasangan jaring, kenderaan di kawasan seki- tar pula dipasang penutup kanvas sepanjang tempoh kerja antara jam 8 pagi sehingga 7 petang, atau sehingga selesai kerja konkrit yang dipantau tiga pekerja.

“Pihak pemaju juga akan melakukan penambahba­ikan dengan memasang pelantar kerja yang dilitupi penuh jaring di aras pembinaan, selain pemasangan plastik di sekeliling kawasan bagi kerja konkrit.

“Penggantia­n jaring kepada zink di sekeliling pagar sekolah juga akan dilakukan dalam tempoh seminggu, manakala penggunaan jaring lebih kukuh sebagai perlindung­an berganda pula akan

dipasang di halaman sekolah berdekatan tapak binaan.

“Bumbung dua lapisan juga dipasang sebagai tempat berteduh kepada murid,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini semalam.

Bimbang tahap keselamata­n

Terdahulu, penduduk kawasan sekitar serta ibu bapa murid dilapor gusar mengenai tahap keselamata­n berikutan sisa binaan dari bangunan setinggi 42 tingkat yang sedang dibina itu kerap menimpa kenderaan di sekitarnya.

Bukan hanya cat, sisa bancuhan dan habuk simen, malah ibu bapa bimbang jika ada objek lain yang jatuh menimpa murid atau orang awam pada masa akan datang.

Sementara itu, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang melalui kenyataan mengesahka­n menerima aduan berkaitan isu itu dan pasukan siasatan diketuai Pengarahny­a, Hairozie Asri, sudah menjalanka­n lawatan mengejut ke tapak pembinaan sebaik menerima aduan.

 ?? (Foto Zuhainy Zulkifli/bh) ?? Pembinaan bangunan setinggi 42 tingkat berhampira­n sekolah di Sungai Nibong, menyebabka­n kebimbanga­n mengenai langkah keselamata­n mengelak kejadian tak diingini.
(Foto Zuhainy Zulkifli/bh) Pembinaan bangunan setinggi 42 tingkat berhampira­n sekolah di Sungai Nibong, menyebabka­n kebimbanga­n mengenai langkah keselamata­n mengelak kejadian tak diingini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia