Berita Harian

85 peniaga Pantai Bisikan Bayu diarah kosongkan kedai

-

Pasir Puteh: Seramai 85 peniaga di kawasan Pantai Bisikan bayu, dekat Tok Bali, di sini, buntu selepas diarah mengosongk­an tapak jualan masingmasi­ng yang diduduki sejak tiga tahun lalu.

Wakil peniaga, Norhazri Muhammad Noor, 43, berkata arahan notis pengosonga­n kedai sebelum atau pada 3 Julai ini, dikeluarka­n Intergold Entity (M) Sdn Bhd dan Sri Uda Sdn Bhd yang juga pemilik satu daripada resort di pantai itu iaitu Tok Aman Bali Resort.

Katanya, peniaga yang diarah keluar adalah penyewa kedai dan penjaja di sepanjang pesisir pantai dengan ke- banyakan mereka terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan orang susah.

“Ketika kami mahu memajukan kawasan ini dan membuka gerai, mereka izinkan dan saya sendiri dah habis modal hampir RM100,000 untuk bangunkan kawasan ini.

“Kami tiada masalah untuk berpindah, tetapi sekurangku­rangnya perlu beri pampasan atau sediakan tempat baharu untuk kami berniaga,” katanya ketika ditemui di pantai berkenaan, semalam.

Norhazri berkata, rata-rata peniaga terbabit kecewa dengan arahan itu kerana masing-masing bergantung harap kepada rezeki berniaga itu meskipun pendapatan diperoleh hanya sekitar RM50 sehari.

“Jangankan nak bantu bagi kemudahan atau mempromosi tempat ini, malah kami pula yang bangunkan tempat ini dihalau keluar, jadi kami rasa seperti teraniaya,” katanya.

Ibu tunggal, Zainun Moktar, 55, berkata dia bakal kehilangan pendapatan untuk menyara lima anaknya sekiranya kedai makannya di situ ditutup.

“Saya jadi takut nak berniaga bila orang datang dan tampal notis (suruh kosongkan kedai), sedih memikir tak tahu nak jual mana selepas ini, tambahan pula dua pekerja saya juga ibu tunggal.

“Masa awal-awal dulu, saya dan Abe Yie (Norhazri) buka kawasan ini, kami cuci kawasan dan bangunkan tempat ini. Apabila nampak maju, kami dihalau keluar dan nak dapatkan pelanggan baharu bukan mudah,” katanya.

 ?? ?? Norhazri Muhammad Noor
Norhazri Muhammad Noor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia