Berita Harian

Rugi RM260,000 guna khidmat syarikat kontraktor bina rumah

Pesara, kakitangan awam terpedaya tawaran di Facebook

-

“Harapan saya sekurangku­rangnya dapatlah orang tua merasa duduk rumah di rumah baharu, namun sehingga ibu meninggal dunia pada Mei lalu, rumah ditunggu-tunggu masih tak siap.”

Demikian luahan pesara swasta yang mahu dikenali Che Din, 55, yang mendakwa kerugian RM245,000 selepas terpedaya dengan khidmat sindiket kontraktor dipercayai didalangi seorang lelaki yang juga bekas calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi membina banglo di Mukim Air Hitam, dekat Muar di Johor, tahun lalu.

Mengulas lanjut, katanya, dia terpedaya selepas melihat tawaran membina rumah di tanah sendiri yang dipaparkan di laman Facebook milik syarikat terbabit sekitar Januari tahun lalu.

“Dari situ saya mula hubungi syarikat di Batu Berendam itu dan berdasarka­n paparan di Facebook, syarikat terbabit mempunyai pelanggan dari Johor dan Selangor, malah Sabah.

“Saya berhubung dengan pegawai pemasaran syarikat dan akhirnya bersetuju menggunaka­n khidmat mereka bagi membuat pelan dan membina rumah,” katanya pada sidang media, di sini.

Gagal dihubungi

Che Din berkata, pada mulanya semuanya berjalan lancar sehinggala­h pegawai pemasaran dan pasangan suami isteri yang kononnya ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan syarikat terbabit mula gagal dihubungi selepas RM15,000 dibayar untuk kos pelan rumah dan RM230,000 lagi bayaran mengikut perjalanan pembinaan rumah peringkat pertama.

“Sehingga kini, salinan asal kontrak membina rumah tidak diserahkan kepada saya. Syarikat di Batu Berendam dan laman Facebook juga ditutup, namun dipercayai masih aktif mencari mangsa,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Ahmad Fuad, 38, diperdaya RM15,000 selepas menggunaka­n khidmat syarikat sama untuk membuat pelan rumahnya yang dijanjikan akan siap dalam tempoh tiga bulan.

“Selepas membuat pembayaran, pegawai pemasaran syarikat mula memberi pelbagai alasan dan akhirnya tidak dapat dihubungi,” katanya yang juga pengusaha restoran di Bukit Beruang, di sini.

Ahmad Fuad menjelaska­n, setakat ini enam lagi individu turut menjadi mangsa penipuan sindiket dengan kerugian dianggarka­n berjumlah RM1.85 juta.

“Saya berjaya mengesan enam mangsa lain ini secara kebetulan yang masing-masing mengalami kerugian antara RM190,000 hingga RM300,000 dan kami percaya ramai lagi menerima nasib sama

dengan beberapa laporan polis sudah dibuat.

“Kami berharap siasatan segera dilakukan bagi mengelak lebih ramai orang menjadi mangsa mereka,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto Meor Riduwan Meor Ahmad/bh) ?? Che Din (kanan) dan Ahmad menunjukka­n laporan polis dibuat terhadap sebuah syarikat kontraktor bina rumah.
(Foto Meor Riduwan Meor Ahmad/bh) Che Din (kanan) dan Ahmad menunjukka­n laporan polis dibuat terhadap sebuah syarikat kontraktor bina rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia