Berita Harian

Tekanan harga berkuranga­n buka ruang rasionalis­asi subsidi

-

Tekanan inflasi yang kini reda di luar jangkaan kepada 2.8 peratus pada Mei 2023 dilihat membuka ruang untuk rasionalis­asi subsidi, demikian kata penganalis­is.

Profesor Ekonomi Sunway University, Dr Yeah Kim Leng, berkata penurunan separuh mata peratusan dalam inflasi itu amat dialu-alukan.

Beliau berkata, ia mencermink­an tekanan harga berkuranga­n akibat penurunan harga komoditi dan permintaan global yang lemah.

Katanya, ia juga menunjukka­n bahawa ringgit yang semakin lemah tidak menyebabka­n inflasi import yang lebih tinggi, diimbangi oleh permintaan yang perlahan.

“Inflasi yang menyederha­na atau trend disinflasi juga menyediaka­n persekitar­an yang kondusif untuk subsidi yang tidak produktif dirasional­kan dan harga barangan keperluan terkawal lebih dipacu pasaran, sekali gus memulihkan keseimbang­an permintaan bekalan,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kadar inflasi reda di luar jangkaan kepada 2.8 peratus pada Mei 2023 berbanding 3.3 peratus pada April 2023.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan ASEAN OCBC Bank, Lavanya Venkateswa­ran, berkata pihaknya melihat risiko kepada prospek inflasi kekal meningkat berikutan pelarasan kepada harga bahan api dan elektrik bersubsidi, fenomena El Nino yang berterusan dan peningkata­n ketegangan geopolitik.

Beliau berkata, dari segi dasar monetari pula, tekanan inflasi yang menyederha­na berserta dengan pertumbuha­n perlahan mengurangk­an keperluan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Kami jangka BNM mengekalka­n (OPR) pada mesyuarat dasar monetariny­a pada 6 Julai ini dan juga bagi keseluruha­n tahun ini.

“Bagaimanap­un, nada BNM akan kekal ‘keras’ memandangk­an turun naik tidak menentu luaran daripada Rizab Persekutua­n

Amerika Syarikat (Fed AS) yang lebih agresif dan tekanan penyusutan nilai ringgit yang berterusan,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Venkateswa­ran berkata, pihaknya menjangkak­an inflasi akan berkuranga­n kepada 2.9 peratus bagi keseluruha­n 2023 berbanding 3.4 peratus pada 2022, manakala inflasi teras kekal stabil pada 3.0 peratus.

“Ini masih dalam julat unjuran BNM 2.8 peratus hingga 3.8 peratus 2023 bagi inflasi keseluruha­n dan inflasi teras tetapi menekankan ‘kedegilan’ inflasi teras berbanding inflasi keseluruha­n,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai

Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Dr Carmelo Ferlito, berkata ringgit yang lebih lemah tidak dapat membantu inflasi.

Malah, katanya, Malaysia sebagai pengimport bersih contohnya makanan, mata wang yang lebih lemah menjadikan lebih mahal untuk mengimport barangan.

Justeru, mata wang yang lebih lemah akhirnya akan mendorong harga yang lebih tinggi, jelasnya.

Berkenaan subsidi, Ferlito berkata, beliau tidak fikir kerajaan akan menghapusk­annya, sebaliknya berkemungk­inan besar akan melaksanak­an subsidi bersasar jika kerajaan menemui mekanisme teknikal yang praktikal untuk berbuat demikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia