Berita Harian

Tenaga kerja wanita kita antara terendah di ASEAN

Jumlah tersasar berbanding sasaran 59 peratus menjelang 2025

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

tenaga kerja wanita di Malaysia adalah antara yang terendah di ASEAN iaitu pada 55.6 peratus dan masih jauh berbanding sasaran 59 peratus yang ditetapkan kerajaan menjelang 2025.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kehadiran wanita yang semakin berkuranga­n dalam pasaran kerja membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.

“Berada pada tahap 55.6 peratus, kadar penyertaan tenaga kerja wanita Malaysia adalah antara yang terendah di ASEAN. Ia juga jauh daripada sasaran 59 peratus menjelang 2025.

“Lebih daripada 70 peratus pelajar di universiti adalah wanita. Kecemerlan­gan mereka dalam pendidikan ini tidak diterjemah­kan kepada penyertaan yang lebih besar dalam tenaga kerja.

“Oleh itu adalah penting supaya pelaburan di dalam pendidikan diterjemah­kan kepada kemajuan ekonomi. Jika kita tidak menerima lebih ramai wanita ke dalam pasaran kerja, kita berisiko bukan sahaja kehilangan pemimpin semasa wanita, tetapi juga pemimpin wanita generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama di

Forum Ekonomi Penjagaan Asia Pasifik di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusof.

Perkenal pelbagai inisiatif

Mengulas lanjut Nancy berkata, kerajaan sudah memperkena­lkan banyak inisiatif penjagaan bagi meringanka­n tanggungja­wab menguruska­n rumah tangga yang berat oleh wanita.

Katanya, ia termasuk bantuan kewangan untuk penjagaan kanak-kanak, mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, melanjutka­n cuti bersalin kepada 90 hari dan menyediaka­n cuti paterniti, pengaturan kerja yang fleksibel seperti waktu kerja anjal, telework, kemasukan kembali dan bekerja dari rumah adalah sebahagian daripada insentif keseimbang­an kerja-kehidupan

bagi menggalakk­an wanita untuk masuk dan kekal dalam pasaran kerja.

“Inisiatif ini telah memberikan wanita peluang pekerjaan yang lebih baik tetapi ia tidak menambah baik kadar penyertaan tenaga kerja dengan banyak.

“Kajian telah menunjukka­n terdapat banyak faedah kepada wanita yang bekerja, justeru saya mengalu-alukan idea dan penyelesai­an baharu yang memperkasa­kan wanita dan mengekalka­n mereka dalam pasaran kerja,” katanya.

Dalam pada itu Nancy berkata, menurut Pejabat Buruh Antarabang­sa (ILO), ekonomi penjagaan berkembang di semua wilayah, mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada tahun akan datang.

“Kerja penjagaan bergaji adalah sumber pekerjaan yang penting, terutamany­a untuk perempuan. Tenaga kerja penjagaan

mewakili lebih daripada lapan peratus daripada jumlah pekerjaan.

“Bagaimanap­un, kerja penjagaan di seluruh dunia tidak mendapat sebarang faedah dan perlindung­an, gaji yang rendah atau tanpa pampasan dan pendedahan kepada penderaan fizikal, mental dan dalam beberapa kes membabitka­n seksual.

“Selanjutny­a, ILO berkongsi bahawa jika dikawal selia dengan betul, ekonomi penjagaan boleh menyamai 10-39 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara,” katanya.

Justeru itu katanya, semua pihak tidak boleh mengabaika­n segmen ekonomi itu dan kerajaan sudah mengiktira­f industri pemberian penjagaan untuk menarik pelabur dan perkongsia­n pengetahua­n, sejajar dengan inisiatif Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) kementeria­n.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Nancy beramah mesra dengan peserta forum ketika majlis perasmian Forum Ekosistem Keusahawan­an Kiddocare Care, Pemerkasaa­n Ekonomi Wanita di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Nancy beramah mesra dengan peserta forum ketika majlis perasmian Forum Ekosistem Keusahawan­an Kiddocare Care, Pemerkasaa­n Ekonomi Wanita di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia