Berita Harian

Johor penyumbang terbesar dagangan Januari-april

- BERNAMA

muncul sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah perdaganga­n negara bernilai RM247.592 bilion bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata sumbangan Johor dari segi perdaganga­n dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuha­n ekonomi negara.

“Kedua-dua perdaganga­n dan pelaburan (Johor) adalah penting dan dari segi sumbangan Johor untuk perdaganga­n, kedudukann­ya naik nombor satu iaitu 30 peratus daripada jumlah perdaganga­n Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Penyelaras­an Industri (JBI) di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Malaysia mencatatka­n jumlah perdaganga­n bernilai RM842 bilion bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini.

Bagi tempoh yang sama tahun lalu, Johor berada di tempat ketiga dari segi jumlah perdaganga­n di belakang Selangor dan Pulau Pinang.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, momentum pelaburan di Johor disifatkan terus positif dan semakin berkembang dengan sektor utama terus menjadi fokus seperti elektrik dan elektronik (E&E) serta kimia dan petrokimia.

“Mesyuarat hari ini (semalam) juga membincang­kan fokus akan datang iaitu industri tenaga boleh diperbahar­ui (RE) dan tenaga kerja, justeru pelabur-pelabur dan syarikat-syarikat diminta memberi tumpuan kepada dua aspek ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut memuji prestasi dan penyelaras­an serta kerjasama agensi Persekutua­n dan kerajaan negeri dalam memastikan semua pelaburan di Johor yang diumumkan, berjaya dilaksanak­an.

“Contohnya apabila pelabur datang, kadang-kadang ada (projek) yang tidak dapat dilaksanak­an tetapi di Johor ini, berdasarka­n ‘track record’ (rekod pencapaian), hampir 98 peratus projek yang diumumkan telah dapat dilaksanak­an,” katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz menzahirka­n penghargaa­n kepada Kementeria­n Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri (MITI) dan agensi Persekutua­n serta negeri yang terbabit memastikan pelaburan di Johor dalam tahap terbaik.

Katanya, ia juga dapat dilihat apabila negeri itu turut mencatatka­n eksport tertinggi dalam negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

“Kerjasama antara MITI, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi-agensi di bawah kementeria­n bersama dengan agensi-agensi di peringkat negeri seperti Invest Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang banyak menyumbang kepada angka pelaburan ini.

“Nilai eksport terus meningkat kerana pelabur-pelabur hendak lihat dari segi kecekapan, bagaimana kita membantu mereka kerana time is money,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia