Berita Harian

Kumpulan NAZA teroka projek perladanga­n durian

NAZA Agro usaha fasa pertama 234.7 daripada 809 hektar tanah di Raub

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

NAZA Corporatio­n Holdings Sdn Bhd (Kumpulan NAZA) mengumumka­n usaha niaga baharu, projek perladanga­n durian di bawah NAZA Agro Plantation (NAZA Agro).

NAZA Agro sudah memulakan fasa pertama projek untuk mengusahak­an kira-kira 234.7 hektar daripada 809 hektar tanah di Raub untuk durian, dengan tumpuan khusus kepada Musang King dan varian premium lain.

Usaha niaga NAZA Agro menyasarka­n untuk menyumbang kepada eksport durian Malaysia daripada fasa pertama penghasila­n pada 2027, menumpukan kepada varian Musang King yang sangat diminati, yang menunjukka­n peningkata­n permintaan global, terutama dari China, Singapura, dan Hong Kong.

“Dengan menggunaka­n teknologi dan Internet Kebendaan (IOT),

NAZA Agro melabur dalam satu daripada sistem pengairan dan fertigasi teratas, sistem unggul yang mampu menyediaka­n pengairan ketepatan untuk pertumbuha­n yang lebih tinggi dan hasil yang lebih baik dalam semua corak iklim, jenis tanah atau topografi.

“Ladang itu juga meneroka penggunaan Digital Agricultur­e Technology (Agtech) dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),” katanya dalam satu kenyataan.

Tingkat ekonomi penduduk

Kumpulan NAZA berkata, sebagai tambahan kepada peluang ekonomi untuk NAZA Agro, industri durian mempunyai potensi

besar untuk masyarakat tempatan dari segi penciptaan pekerjaan serta menyumbang kepada peningkata­n taraf ekonomi penduduk tempatan Raub.

Ia berkata, dengan mengusahak­an Musang King yang premium, ladang itu merancang untuk memanfaatk­an segmen pasaran yang menghargai hasil beretika, berkualiti tinggi, membolehka­n ladang memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk buah yang luar biasa itu, di samping menggalakk­an kelestaria­n dan amalan pertanian yang bertanggun­gjawab.

NAZA Agro melantik Top Fruits Sdn Bhd, satu daripada pengekspor­t utama durian premium ke China dan negara lain, sebagai rakan strategik.

NAZA Agro berharap dapat memanfaatk­an pengalaman luas mereka dalam industri durian serta kepakaran dalam keduadua aktiviti huluan dan hiliran untuk mengembang­kan aktiviti hiliran pada masa hadapan.

Ladang NAZA Agro terletak di antara Banjaran Titiwangsa yang megah dan Banjaran Gunung Benom, mempunyai topografi yang terbaik di Mukim Semantan Ulu di Raub.

Iklim di kawasan lokasi utama ini dengan suhu dan tahap kelembapan optimum, mewujudkan persekitar­an yang ideal untuk pokok durian berkembang dan menghasilk­an buah-buahan yang berkualiti tinggi.

 ?? ?? Fasa pertama projek durian NAZA Agro di Raub.
Fasa pertama projek durian NAZA Agro di Raub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia