Berita Harian

Boustead dinyah senarai dari Bursa Malaysia 28 Jun

-

Boustead Holdings Bhd (Boustead) akan dikeluarka­n daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd, berkuat kuasa 9 pagi pada 28 Jun ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata langkah penyahsena­raian berkenaan adalah selaras dengan ketetapan Perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenarai­an Pasaran Utama.

Pada Mac lalu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat tawaran pengambila­lihan secara sukarela bagi 40.58 peratus kepentinga­n atau 822.51 juta saham dalam Boustead serta merancang untuk menjadikan­nya sebagai syarikat persendiri­an.

LTAT yang pada masa ini menguasai 59.4 peratus kepentinga­n dalam Boustead, dijangka membayar sejumlah RM703.2 juta atau 85.5 sen sesaham bagi langkah itu

Usaha pengambila­lihan itu selesai pada Jun dengan pegangan saham LTAT dalam Boustead berjumlah kira-kira 97.63 peratus, sekali gus membolehka­n penyahsena­raian syarikat serta pembatalan peruntukan pengambila­lihan wajib bagi baki saham.

Ambil alih Boustead

Media sebelum ini melaporkan syarikat itu akan mula melaksanak­an strategi baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memperheba­tkan lagi transforma­si kumpulan di bawah struktur pegangan saham baharu selepas selesai proses nyah senarai.

Pada 12 Jun 2023, LTAT mengumumka­n kejayaan pengambila­lihan Boustead pada tarikh tutup tawaran, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan sempena mesyuarat agung tahunan ke-61 Boustead yang diadakan secara maya.

“Selaras dengan perenggan 16.07 keperluan penyenarai­an, Boustead akan mengambil langkah perlu untuk mengemukak­an permohonan kepada Bursa Securities bagi penarikan balik status penyenarai­annya daripada senarai rasmi Bursa Securities,” katanya.

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman, berkata penyahsena­raian itu akan menandakan lembaran baharu dalam sejarah kumpulan dan penetapan semula akan dibuat secara ‘objektif, bertanggun­gjawab dan mampan dalam membuka kunci nilai’.

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead, Izaddeen Daud, pula berkata selain langkah nyah senarai, kumpulan yakin dengan daya tahan perniagaan terasnya yang pelbagai.

“Kami akan terus mempertaja­mkan fokus terhadap program peningkata­n prestasi serta melaksanak­an strategi pengurusan kos yang berhemat untuk melonjakka­n kecekapan operasi dan memacu margin keuntungan.

“Selain itu, kami sedang giat meneroka aliran pendapatan baharu dan memperkema­s aset bukan strategik bagi memacu pertumbuha­n jangka panjang,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Ahmad Nazim Abd Rahman
Ahmad Nazim Abd Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia