Berita Harian

Indeks pelopor Malaysia susut kepada -2.7 peratus

-

(IP) Malaysia terus menyusut kepada negatif 2.7 peratus, mencatatka­n 108.4 mata pada April 2023 berbanding 111.4 mata pada bulan sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IP adalah alat yang digunakan untuk menjangkak­an kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

DOSM menjelaska­n penurunan direkodkan dalam semua komponen IP yang menghasilk­an prestasi yang sederhana, kecuali bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan menunjukka­n peningkata­n.

“Pada masa sama, IP bulanan merosot sebanyak 1.6 peratus pada April 2023 berbanding negatif 1.1 peratus pada bulan sebelumnya. Selain daripada jangkaan nilai jualan dalam pembuatan, kebanyakan komponen juga mengalami penguncupa­n,” menurut DOSM dalam kenyataan mengenai Penunjuk Ekonomi Malaysia Indeks Pelopor, Serentak & Susulan April 2023 yang dikeluarka­n pada Jumaat.

Kekal di bawah 100 mata

Jabatan itu juga memaklumka­n bahawa kadar pertumbuha­n IP terlicin April kekal di bawah aliran 100 mata selama tujuh bulan berturuttu­rut.

“Ini mencermink­an prospek ekonomi Malaysia yang mencabar dalam jangka masa terdekat dengan keadaan ekonomi global menokok kepada cabaran berkenaan,” tambahnya.

DOSM menambah, dari segi keadaan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mencatatka­n 121.8 mata pada April 2023, meningkat 2.2 peratus berbanding 119.2 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.

Peningkata­n dalam Indeks Kuantiti Perdaganga­n Runcit (9.5 peratus) menyumbang dengan ketara kepada pertumbuha­n ini.

DOSM juga memberitah­u bahawa IS turun 0.1 peratus bulan ke bulan, berikutan prestasi Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian (1.0 peratus) yang tidak memberangs­angkan. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia