Berita Harian

GEV, PLUS bangunkan hab cas kenderaan elektrik

Kawasan Rehat dan Perkhidmat­an PLUS Seremban lokasi pertama sedia kemudahan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

(YGT), penyedia penyelesai­an teknologi hijau menerusi syarikat usaha samanya, Green EV Charge Sdn Bhd (GEV), memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) untuk bersama-sama membangunk­an hab pengecas arus terus hyper kuasa (DC) di Lebuhraya PLUS.

Hab pengecasan pantas itu juga akan menggabung­kan mobiliti peruncitan termasuk kedai makanan dan minuman serta kemudahan lain bersama pelbagai pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) sebagai pengenalan kepada konsep baharu pengecasan EV kepada rakyat Malaysia.

MOU itu akan mewujudkan hubungan kerja yang kukuh antara YGT dan PLUS dan menubuhkan mekanisme berkesan untuk pelaksanaa­n projek yang berkesan bersama-sama.

Hab pengecas pantas pertama di Malaysia akan terletak di Kawasan Rehat dan Perkhidmat­an (RSA) PLUS Seremban (Arah Selatan) yang menampilka­n lapan ruang pengecasan dan setiap satu dengan output kuasa sehingga 350kw serta berkemampu­an mengecas sepenuhnya EV dalam masa 20 minit.

Tingkat produk perkhidmat­an

Gabungan usaha itu menyokong negara dalam menyediaka­n infrastruk­tur EV yang sejajar dengan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB).

Kedua-dua pihak juga akan bekerja secara kolektif untuk membangunk­an idea baharu yang akan memenuhi pertumbuha­n pasaran EV, seperti hab pengecasan pantas pertama di Malaysia dengan teknolebih

logi pengimbang­an beban dinamik atau penyelesai­an pengecasan DC tahap-3 yang membolehka­n kuasa pengecasan optimum dan cekap di kalangan stesen pengecasan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Han Weng, berkata perkongsia­n itu merangkumi komitmen bersama kedua-dua pihak untuk mengembang­kan penyelesai­an pelengkap dan langkah menarik ke arah matlamat bersama kami untuk mempercepa­tkan elektrifik­asi ekosistem marin, mobiliti dan infrastruk­tur di Malaysia selaras dengan matlamat negara untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.

“Kerjasama ini akan memanfaatk­an kepakaran kedua-dua pihak dan akan memaksimum­kan faedah bersama, mengembang­kan dan meningkatk­an produk serta perkhidmat­an, serta inovasi strategik,” katanya pada majlis pemeteraia­n MOU YGT-PLUS di Kuala Lumpur, semalam.

Pemeteraia­n MOU itu disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Sazali Harun; Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif; Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson Holdings Bhd, Lim Chern YUAN.YGT adalah unit perniagaan teknologi hijau Yinson Holdings.

 ?? (Foto Genes Gulitah/bh) ?? Nik Airina dan Chern Yuan menandatan­gani MOU sambil diperhatik­an Tengku Zafrul di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Genes Gulitah/bh) Nik Airina dan Chern Yuan menandatan­gani MOU sambil diperhatik­an Tengku Zafrul di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia