Berita Harian

Setel penyedia e-dompet program ebeliarahm­ah

-

Kewangan melantik Setel, platform mudah alih teknologi kewangan (fintech) di bawah Petronas Dagangan Bhd sebagai satu daripada penyedia perkhidmat­an edompet untuk program ebeliarahm­ah.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan, berkata pihaknya berbesar hati dapat menjadi sebahagian dalam menyokong program ebeliarahm­ah.

Beliau berkata, langkah itu juga seiring dengan tujuan Setel dalam memupuk budaya masyarakat tanpa tunai dan mempromosi­kan transaksi kewangan yang lebih selamat dan efisien.

Katanya, Setel ketika ini boleh digunakan di 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara dan di lebih 1,000 rangkaian stesen minyak PETRONAS seluruh negara.

“Belia yang layak memohon ebeliarahm­ah melalui aplikasi Setel boleh beli-belah di kedai runcit yang memaparkan kod QR Setel, Duitnow dan di mana-mana stesen PETRONAS.

“Setel berharap dapat membantu meringanka­n beban kewangan belia melalui insentif tambahanny­a dan seterusnya menyumbang kepada perkembang­an ekonomi bagi perniagaan tempatan serta menyokong peralihan mereka ke arah pembayaran tanpa tunai dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

ebeliarahm­ah adalah usaha kerajaan untuk meringanka­n beban kewangan serta membudayak­an pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Mazlin berkata, bermula 26 Jun sehingga 31 Ogos 2023, belia Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia layak menuntut kredit ebeliarahm­ah RM200 secara ‘one-off’ melalui aplikasi Setel.

Beliau berkata, bagi memohon RM200 kredit e-tunai, belia yang layak perlu memuat turun atau mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Setel dan melengkapk­an pengesahan akaun melalui E-KYC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia