Berita Harian

Ekspedisi ke tapak rangka Titanic terdampar berakhir tragedi

-

Terputus hubungan dengan dunia luar dalam kapsul sebesar van kecil tanpa kerusi dan hanya satu tandas dan satu tingkap dalam persekitar­an mencapai tahap beku, beginilah keadaan Titan yang menyelam ke dasar Lautan Atlantik.

Walaupun ada tingkap, tiada apa untuk dilihat kerana keadaan dasar laut yang gelap gelita, makedalama­n lah pengemudi Titan bergantung sepenuhnya kepada arahan kapal induk untuk mengetahui ke mana arah dituju.

Tandasnya pula hanyalah sebuah kotak hitam kecil di atas lantai dengan bekas plastik berzip dan terletak dekat tingkap di bahagian hadapan kapal selam.

Bagaimanak­ah agaknya perasaan lima penumpang kapal selam malang milik Oceangate itu selepas menyedari mungkin berdepan saat-saat akhir kehidupan mereka.

Keadaannya umpama babak filem seram, di mana lima lelaki terperangk­ap dalam tiub kecil, beribu-ribu meter di dasar laut tanpa ada cara untuk capai ke dunia luar.

Semua penumpang hanya berkaki ayam dan perlu duduk di atas lantai kapal selam model ‘Cyclops-2’ dinamakan Titan, yang juga kapal selam kedua yang dibina Oceangate selepas Cyclops-1.

Setiap penumpang juga perlu menandatan­gani dokumen yang menyatakan mereka menerima bahawa kapal selam itu tidak diluluskan oleh mana-mana badan kawal selia dan menerima risiko yang dihadapi.

Menurut syarikat itu, Titan dilengkapi dengan pencahayaa­n terkini, sistem pengemudia­n sonar serta peralatan video dan fotografi 4K yang dipasang pada bahagian dalam serta luar.

Bercakap kepada BBC, wartawan CBS, David Pogue, yang pernah menaiki kapal selam itu, berkata beliau amat meragui keselamata­n kapal selam berkenaan. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia