Berita Harian

EU gesa Twitter kawal selia kandungan maklumat

-

Penguat kuasa teknologi tertinggi Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada Elon Musk bahawa Twitter perlu menyederha­nakan kandungan maklumat saluran komunikasi itu menjelang 25 Ogos ini.

Arahan itu dikeluarka­n berikutan pelaksanaa­n Akta Perkhidmat­an Digital (DSA) yang akan menyenarai­kan peraturan khas berkuat kuasa mulai 25 Ogos ini, sekali gus mengelakka­n risiko melanggar peraturan mercu tanda blok itu untuk memantau teknologi gergasi itu.

“Jika teknologi tidak bersedia, mereka perlu mempunyai sumber yang mencukupi untuk merapatkan jurang yang ada.

“Saya sudah bercakap mengenai topik khusus ini dengannya (Musk),” kata Pesuruhjay­a EU, Thierry Breton, kepada pemberita selepas mesyuarat di ibu pejabat Twitter. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Twitter, Linda Yaccarino.

Menurut Breton, dalam pertemuan dengan pasukan Twitter yang turut disertai Musk menerusi persidanga­n video dari New York, ‘terdapat beberapa perkara yang akan menjadi kritikal serta-merta apabila peraturan itu dikuat kuasa nanti’.

Katanya, EU turut memberi penekanan kepada perkara berkaitan dengan penderaan kanak-kanak, yang juga topik hangat diperkatak­an di Eropah, selain maklumat salah berhubung pilihan raya, yang kini tersebar bebas dalam Twitter.

Lawatan dua hari pesuruhjay­a itu ke San Francisco dibuat hanya beberapa minggu sebelum DSA Kesatuan Eropah berkuat kuasa sepenuhnya untuk saluran komunikasi sosial terbesar dunia, termasuk Facebook, Instagram, Tiktok dan Twitter.

Bekas Menteri Kewangan Perancis itu juga akan bertemu Mark Zuckerberg dari Meta untuk membincang­kan peraturan baharu itu, bagaimanap­un semua mata tertumpu kepada Musk.

Ini kerana beliau, sejak mengambil alih Twitter, sering secara spontan mengubah banyak peraturan mengenai bahasa yang dibenarkan di saluran itu, walaupun menyinggun­g, berunsur kebencian atau menyampaik­an maklumat salah, sekali gus bertentang­an dengan peraturan baharu EU.

Pertemuan diatur Breton di pejabat Twitter adalah sebahagian daripada apa yang disifatkan EU sebagai ‘ujian tekanan’ untuk mengukur sama ada ia bersedia untuk memenuhi peraturan baharu, walaupun terdapat gelombang pemberhent­ian kerja secara besar-besaran sejak Musk mengambil alih.

Tiktok turut bersetuju untuk menjalani ujian tekanan pada Julai, berikutan aplikasi milik China itu bergelut dengan usaha menangkis dakwaan bahawa ia berpotensi dikuasai parti Komunis

China di Beijing.

Bagi memenuhi peraturan baharu berkenaan, Twitter, Meta, Tiktok dan aplikasi sosial lain perlu melabur banyak untuk membina pasukan pematuhan, pada masa syarikat teknologi besar mengurangk­an kakitangan, termasuk tenaga kerja bagi penyederha­naan kandungan mereka.

Di bawah DSA, 19 aplikasi ditetapkan sebagai ‘Aplikasi Gergasi Dalam Talian’, yang akan tertakluk kepada peraturan khas, bermula 25 Ogos ini.

Peraturan itu juga memerlukan Meta, Twitter dan aplikasi lain untuk memberikan akses yang lebih meluas kepada pegawai serta penyelidik untuk meneliti algoritma selain keputusan berkaitan kandungan mereka. AFP

 ?? ?? Thierry Breton
Thierry Breton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia