Berita Harian

Beijing naikkan amaran cuaca panas tahap tertinggi

Bacaan suhu di kebanyakan kawasan diramal meningkat lepasi 40 darjah Celsius

-

Beijing: Beijing semalam menaikkan amaran cuaca panas kepada ‘merah’ iaitu tahap tertinggi dan sistem amaran berdasarka­n kod warna, selepas suhu di sebahagian besar kawasan diramal meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

Kelmarin, suhu maksimum di bandar dengan 22 juta penduduk itu melepasi 41 darjah Celsius, sekali gus memecahkan rekod suhu tertinggi bagi bulan ini.

Sebuah stesen cuaca di pinggir selatan, yang dianggap penanda aras bagi sukatan suhu di Beijing, merekodkan suhu 41.1 darjah Celsius pada waktu petang.

Suhu tertinggi pada bulan Jun sebelum ini ialah pada 10 Jun 1961, apabila suhu mencecah 40.6 darjah Celsius.

Kadar suhu maksimum harian dicatatkan semalam adalah yang kedua tertinggi dalam sejarah Beijing, sedikit di bawah 41.9 darjah Celsius direkodkan di Beijing pada 24 Julai 1999.

China memiliki sistem amaran empat peringkat dengan ‘merah’ tahap tertinggi, diikuti jingga, kuning dan biru.

Di Tanghekou di timur laut Beijing, suhu mencecah to 41.8 darjah Celsius, manakala suhu di pinggir

Tianjin mencapai 41.2 darjah Celsius, menjadikan masing-masing antara lokasi paling panas di China kelmarin.

Amaran strok haba

Beijing, Tianjin, Hebei dan Shandong di utara serta timur China dilanda gelombang haba minggu lalu, mendorong biro kaji cuaca mengeluark­an amaran strok haba dua minggu lebih awal berbanding tahun lalu.

Gelombang haba turut meningkatk­an usaha melindungi hasil tanaman dan keselamata­n pelancong, malah orang ramai dilarang keluar rumah ketika cuaca panas melampau.

Di bandar pelabuhan Tianjin yang mempunyai lebih 13 juta penduduk, peningkata­n permintaan bagi pendingin hawa menyebabka­n penggunaan elektrik bertambah sehingga 14.54 juta kilowatt pada 15 Jun lalu, meningkat 23 peratus berbanding setahun lalu.

Pihak berkuasa utiliti turut mengerahka­n kakitangan bagi memantau terowong bawah tanah setiap hari, bagi memastikan semua kabel elektrik berfungsi dengan baik.

Gelombang haba kali ini turut membimbang­kan China yang akan menyambut Pesta Perahu Naga hujung minggu ini, terutama

di kawasan utara termasuk Inner Mongolia dan Xinjiang, menurut Pentadbir Meteorolog­i China.

Menurut laporan media tempatan, saintis berkata antara punca utama peningkata­n suhu global adalah disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil.

“Kepanasan melampau ini bukan sahaja dialami di China, sebaliknya keadaan cuaca di seluruh dunia turut bertambah buruk.

“Banyak negara Asia mengalami gelombang panas dan mencatatka­n peningkata­n suhu. Orang ramai dinasihat untuk kekal berada di rumah masing-masing terutama ketika cuaca panas ini,” katanya. AGENSI

 ?? (Foto REUTERS) ?? Suhu maksimum di Beijing melepasi 41 darjah Celsius, kelmarin, sekali gus memecahkan rekod suhu tertinggi bagi bulan ini.
(Foto REUTERS) Suhu maksimum di Beijing melepasi 41 darjah Celsius, kelmarin, sekali gus memecahkan rekod suhu tertinggi bagi bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia