Berita Harian

Kes diabetes naik kepada 1.3 bilion menjelang 2050

Penyakit lebih banyak dihadapi dalam kalangan minoriti seperti kulit hitam, Asia

-

Bilangan penghidap diabetes di seluruh dunia akan meningkat lebih dua kali ganda kepada 1.3 bilion menjelang 2050, didorong struktur penindasan kaum (pengagihan makanan berzat kepada kaum tertentu) dan jurang ketidaksam­aan antara negara, menurut satu penyelidik­an baharu, diterbitka­n hari ini.

Menurut analisis data global paling komprehens­if yang diunjurkan pada 2050, setiap negara di dunia akan menyaksika­n peningkata­n dalam bilangan pesakit yang menghidap penyakit kronik itu.

Kira-kira 529 juta orang dianggarka­n menghidap diabetes, satu daripada 10 punca utama kematian dan hilang upaya di serata dunia.

Menurut satu kajian yang diterbitka­n dalam jurnal Lancet, daripada jumlah itu, 95 peratus adalah kes diabetes jenis dua, yang dianggarka­n akan melebihi 1.3 bilion dalam masa kurang daripada tiga dekad.

Indeks jisim badan yang tinggi, iaitu petunjuk bagi individu dengan masalah berat badan berlebihan dikaitkan kepada punca

lebih separuh daripada kematian dan hilang upaya akibat diabetes. Faktor lain termasuk diet, senaman, merokok dan alkohol.

Perubahan tabiat makanan

Ketua saintis penyelidik­an di Institut Metrik Kesihatan dan Penilaian (IHME), yang juga pengarang pertama satu daripada kajian, Liane Ong, berkata satu faktor yang mempengaru­hi isu itu adalah perubahan pada diet.

“Sepanjang 30 tahun, banyak negara yang benar-benar beralih daripada tabiat makanan tradisiona­l, mungkin daripada makan

lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih sihat kepada makanan diproses,” katanya kepada AFP.

Kajian itu turut menganggar­kan bahawa menjelang 2045, tiga perempat daripada orang dewasa yang menghidap diabetes menetap di negara berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Namun, menurut kajian Lancet yang dibuat secara berasingan, di negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS), kadar diabetes hampir 1.5 kali lebih tinggi dalam kalangan minoriti seperti kulit hitam, Hispanik,

Asia atau Orang Asli AS.

Pengarang bersama kajian itu, Leonard Egede, dari Kolej Perubatan Wisconsin, menyalahka­n ‘data ketidaksam­aan diabetes yang semakin meluas’.

“Dasar perkauman seperti pengasinga­n kediaman mempengaru­hi tempat tinggal masyarakat, akses mereka kepada makanan dan perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang mencukupi dan sihat.

“Cabarannya ialah kita tidak melihat campur tangan yang serius bagi memperbetu­lkan keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Kurang senaman, merokok dan alkohol antara foktor menyumbang kepada penyakit diabetes.
(Foto REUTERS) Kurang senaman, merokok dan alkohol antara foktor menyumbang kepada penyakit diabetes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia