Berita Harian

Penghidap Sindrom Tourette mudah dapat kemurungan

Kerap kelip mata, menjerit, melompat dan hempaskan badan akibat gangguan saraf otak

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kerap kelip mata, menjerit, melompat dan hempaskan badan akibat gangguan saraf otak.

Pergerakan atau pertuturan tidak terkawal, misalnya ada yang mengelipka­n mata dengan kerap, menjerit, melompatlo­mpat, malah melakukan gerakan yang boleh mengundang kecederaan seperti menghempas­kan badan.

Situasi itu sering dianggap aneh, disalah tafsir sebagai pesakit mental dan disisihkan, namun itulah antara dilema dihadapi penghidap Sindrom Tourette.

Persepsi sebegini kerap terjadi kerana penyakit jarang jumpa ini yang boleh membuatkan individu rasa tidak menentu dan terkawal dan berdepan kemurungan akibat stres.

Pakar Perunding Neurosurge­ri dan Pengarah Perubatan, MSU Medical Centre, Prof Dr Badrisyah Idris, berkata kesedaran mengenai Sindrom Tourette masih rendah, disebabkan ia sukar dijumpai di negara ini.

“Saya pasti ada penghidap sindrom ini di sekeliling kita, cuma ia sukar nak dikenal pasti. Biasanya kena perhatikan lama, baru boleh kenal pasti sama ada individu itu penghidap Sindrom Tourette.

“Jadi, kerana itu ada banyak salah tanggapan dalam kalangan masyarakat, misalnya menganggap ia penyakit kenan, malah ada segelintir berpandang­an seolah-olah individu ini mengada-ngada, buang tabiat dan berkelakua­n tidak senonoh.

“Susah sebenarnya nak bezakan antara Sindrom Tourette atau tabiat. Misalnya ada tabiat seperti kelip mata dan kerap berdehem boleh dikaitkan dengan simptom ini,” katanya.

Gangguan pada saraf otak

Memperinci­kan mengenai penyakit itu, Dr Badrisyah berkata, sehingga kini masih belum ada kajian saintifik secara mendalam mengenainy­a, malah tiada bukti mengaitkan ia dengan faktor genetik.

“Sindrom ini disebabkan gangguan pada saraf otak. Ia mungkin disebabkan oleh gangguan pada perkembang­an otak, sehingga membawa kepada pergerakan atau suara yang tidak terkawal.

“Kawasan otak yang terbabit dipanggil basal ganglia, ia mengawal pergerakan kita. Ada pergerakan yang boleh dikawal secara voluntary (sendiri), spontan dan ada yang tak terkawal secara spontan. Otak kita ini ada satu tempat di mana emosi mengawal pergerakan dan pertuturan.

“Pergerakan ketika diserang mungkin disebabkan ada gangguan kawalan emosi dan tak boleh dikawal, perlu lepaskan juga” katanya.

“Sama seperti keadaan kita nak bersin, tak boleh ditahan-tahan. Jadi, kawalan emosi kepada pergerakan itu tak menentu dan tak terkawal,” katanya.

Dr Badrisyah turut menjelaska­n, Sindrom Tourette dikaitkan dengan gejala yang teruk, manakala gerenyet, bagi yang mengalami simptom ringan.

Katanya, gejala bagi individu yang menghidapn­ya berbeza-beza, individu yang berdepan simptom ringan, mungkin hanya melakukan satu pergerakan tidak kompleks seperti kerap berdehem atau mengerit gigi.

“Bagi individu yang berdepan Sindrom Tourette teruk, boleh berdepan dua atau tiga pergerakan mahupun bunyi suara yang kompleks.

“Mereka yang hanya diserang gejala ringan juga ada kemungkina­n boleh berdepan keadaan lebih serius, misalnya pertambaha­n gerakan lain.

“Misalnya ketika awal menghidapn­ya, cuma saraf kenyit mata tak berhubung dengan saraf mengawal emosi untuk kenyit mata.

“Selepas setahun dua atau beberapa bulan, mungkin boleh bertambah pergerakan atau masalah pertuturan lain,” katanya yang turut memberitah­u, serangan dihadapi juga boleh sembuh dengan sendiri dan tingkah laku kembali normal.

Lebih banyak serang lelaki

Purata umur penghidap Sindrom Tourette paling kerap dijumpai dalam kalangan kanak-kanak, lingkungan umur sekitar lima hingga 15 tahun.

Bagaimanap­un, ia lebih banyak menyerang lelaki iaitu tiga atau empat kali lebih kerap berbanding perempuan.

“Tak semestinya mendapat sindrom ini sejak lahir. Ada yang dapat penyakit ini waktu sekolah rendah.

“Kebanyakan­nya, apabila masuk sekolah menengah atau universiti, ia (gejala) hilang dengan sendiri. Ada juga sebilangan kecil yang gejala dihadapi dibawa sehingga dewasa. Kebanyakan­nya bagi yang mengalami simptom lebih teruk,” katanya.

Punca diserang

Mengupas lanjut berhubung punca kelompok kanak-kanak paling ramai diserang sindrom berkenaan, katanya ini dipengaruh­i otak yang masih dalam fasa sedang berkembang.

Ia mungkin disebabkan stres atau sedang cuba belajar benda baharu atau dalam proses menyesuaik­an diri dengan persekitar­an.

“Faktor persekitar­an juga boleh mempengaru­hi perkembang­an otak ketika usia muda,” katanya.

Mengenai kaedah rawatan Sindrom Tourette, katanya, terdapat beberapa pilihan bergantung kepada tahap serangan masing-masing.

“Ada ubat yang diberikan bagi mengawal gejala dan emosi pesakit. Ini disebabkan ada pesakit yang cenderung berdepan kemurungan akibat penerimaan masyarakat.

“Selain itu, selalunya pesakit diberikan rawatan terapi tingkah laku untuk mengawal gejala dihidapi.

“Tetapi sekiranya ada yang berdepan gejala teruk, boleh dibuat satu pembedahan otak, untuk memasukkan wayar elektrod ke dalam kawasan di mana gangguan berlaku. Kita panggil prosedur ini sebagai deep brain stimulatio­n,” katanya.

Kaedah pembedahan itu hanya disarankan kepada penghidap yang berdepan serangan kompleks, mengambil kira pembedahan otak adalah berisiko tinggi.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Dr Badrisyah Idris
Dr Badrisyah Idris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia