Berita Harian

Emosi berubah-ubah akibat bipolar

-

Bipolar ialah gangguan penyakit kesihatan mental yang teruk hingga ia boleh menjejaska­n ‘mood’ atau emosi.

Namun, sejauh mana bipolar ini yang juga dikategori dalam gangguan mental ini seharusnya digusarkan atau sekadar dibiarkan sahaja yang dijangka akan hilang dengan sendiri.

Justeru, seseorang perlu mengetahui mengenai gangguan personalit­i bipolar. Dahulunya gangguan bipolar dipanggil kemurungan mania atau manic depression iaitu keadaan kesihatan mental yang menyebabka­n perubahan emosi yang melampau, termasuk emosi yang tinggi (dikenali sebagai mania atau hypomania) dan rendah (juga dipanggil kemurungan).

Perubahan emosi, tetapi tidak begitu teruk dikelaskan sebagai gangguan bipolar, sesetengah orang didiagnosi­s mengalami cyclothymi­a (bentuk gangguan bipolar yang ringan).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 40 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan bipolar.

Daripada jumlah itu, terdapat pelbagai jenis keadaan, iaitu bipolar I dan bipolar II.

Namun perbezaan utama antara keduanya ialah keterukan episod kemurungan mania yang disebabkan setiap satunya.

Ini kerana penghidap bipolar I akan mengalami episod mania penuh, manakala mereka yang mempunyai bipolar II akan mengalami episod hipomania.

Episod hipomania dicirikan sebagai kurang teruk daripada episod mania dan penghidap episod hipomania biasanya tidak memerlukan hingga dirawat di hospital, walaupun ia boleh mengakibat­kan berlakunya episod mania.

Sementara itu, seseorang dengan bipolar I mungkin tidak mengalami episod kemurungan utama, manakala individu dengan bipolar II akan mengalamin­ya.

Bipolar ialah sejenis gangguan mental atau mood. Bagaimanap­un, gangguan personalit­i bipolar (BPD) dan gangguan bipolar adalah berbeza.

Orang yang mempunyai BPD mempunyai gangguan personalit­i, manakala mereka yang mempunyai bipolar dikelaskan sebagai mengalami gangguan mood.

Pakar mengatakan bahawa BPD dalam beberapa keadaan boleh menjadi lebih sukar untuk dirawat.

Ujian personalit­i bipolar

Ujian ini biasa dilakukan apabila doktor berasakan pesakit mungkin menghidap penyakit itu, jadi mereka biasanya akan merujuk pesakitnya kepada pakar psikiatri.

Pesakit akan ditanya beberapa soalan untuk menentukan sama ada anda menghidap penyakit itu dan jika seseorang itu mempunyai tanda-tandanya, pakar psikiatri akan berbincang mengenai kaedah rawatan bersesuaia­n.

Dalam kebanyakan kes, pesakit akan ditanya tentang simptom, bila mula mengalamin­ya.

Pakar perubatan juga ingin

mengetahui tentang sejarah keluarga pesakit, jika ada keluarga yang mengalami masalah dan gangguan kesihatan mental.

Ada rawatan sedia ada yang bertujuan membantu mengendali­kan episod dan mengurangk­an kesannya terhadap kehidupan individu.

Dengan rawatan, keadaan pesakit boleh bertambah baik dalam masa tiga bulan.

Simptom bipolar

• Kurang bertenaga

• Berasa sedih atau marah

• Hilang minat dalam aktiviti harian

• Keraguan diri

• Kurang selera makan

• Kesukaran tidur

• Berfikiran mahu membunuh diri

Gejala ketika tempoh mania

• Mengalami tahap tenaga yang tinggi

• Sukar tidur

• Menjadi mudah terganggu

• Perasaan terlalu gembira atau terlalu sedih

• Berkhayal

• Membuat keputusan impulsif seperti membelanja­kan sejumlah wang

• Menyebut perkara yang di luar tabiat

• Terasa diri penting

Gejala adalah berbeza bergantung kepada mood yang dialami oleh penghidap pada masa ini. Setiap episod, sama ada mania atau kemurungan, boleh bertahan selama beberapa minggu atau bulan.

 ?? ?? Bipolar dikategori dalam gangguan mental yang menyebabka­n perubahan emosi melampau.
Bipolar dikategori dalam gangguan mental yang menyebabka­n perubahan emosi melampau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia